
Tangan pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha bengkak dipercayai kerana mempunyai alahan dengan cahaya matahari selepas beberapa hari menginap di Soneva Jani, Maldives.
Tangan bengkak

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), pemilik nama Hanis Zalikha Zainal Rashid berkata alahan itu tidak membantutkannya untuk melakukan aktiviti luar bersama anak-anak dan suaminya.
Menjelaskan lebih lanjut, Hanis berkata bengkak itu hanya akan surut sekiranya dia tidak keluar daripada kediamannya.
Teka siapa yang alah dengan sinaran matahari? Tetapi saya sangat suka dengan penggambaraan dan aktiviti luar.
Jadi makan sahaja ubat antihistamine kalau naik gatal-gatal. Bengkak hanya akan surut jika saya duduk di dalam rumah.
Terdahulu, Hanis dan suaminya, Hairul Azreen meraikan sambutan Aidilfitri dengan membawa anak-anaknya menginap di Soneva Jani, Malfives.
Sebelum ini kira-kira lapan tahun yang lalu pasangan tersebut pernah menjejakkan kaki di tempat itu ketika anak sulung mereka, Yusuf Iskandar berusia sembilan bulan.





