32.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tak Suka Q Panjang Tapi Nak iPhone 18 Pro Hari Pertama Launch? Shopee Kan Ada!

    Shopee Sale

    Bila ada pelancaran iPhone terbaru, senarionya pasti sama. Ramai sanggup berkhemah malah ada yang rela beratur seawal jam 4 pagi demi memiliki peranti impian. Tapi, bila kenangkan bab kena hadap cuaca tak menentu, memang terasa renyah dan penat sangat.

    Sebenarnya ada cara yang jauh lebih bijak dan santai untuk korang yang nak upgrade peranti tanpa perlu bersusah payah. Membeli peranti premium sepatutnya jadi satu pengalaman menyeronokkan dari awal sampai akhir, dan jawapannya ada di hujung jari korang sahaja.

    Nikmati Shopee delivery pada hari pelancaran tanpa perlu keluar rumah

    Bayangkan hari pelancaran rasmi tiba, orang lain tengah bersesak di pusat membeli-belah, tapi korang duduk chill di rumah sambil tunggu abang kurier ketuk pintu.

    Bagi korang yang menetap di Lembah Klang, pesanan yang layak boleh sampai terus seawal jam 3 petang pada hari pelancaran. Bukan itu sahaja, liputan penghantaran pantas ini turut diperluas ke bandar utama luar Lembah Klang seperti Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Johor, Pahang dan Perak seawal jam 9 malam pada hari yang sama.

    Pelan bayaran fleksibel yang mesra poket

    Nak upgrade peranti canggih tak semestinya kena risau tentang perbelanjaan secara lump sum. Korang boleh manfaatkan pelan ansuran SPayLater dengan kadar 0% sehingga 12 bulan sepanjang minggu pertama pre-order selagi stok masih ada.  

    MENARIK:  Pelajar 15 Tahun Jadi Mangsa Buli, Ibu Mangsa Dedah Anak Berisiko Hilang Pendengaran

    Kalau terlepas tawaran tersebut, pilihan 0% SPayLater untuk 6 bulan masih ada untuk korang gunakan. Bila dikira balik, komitmen harian bermula dari serendah RM16 sehari, buatkan perancangan kewangan korang jauh lebih teratur.

    Tukar telefon lama & dapatkan nilai lebih berbaloi

    Telefon lama yang masih berfungsi dengan baik tu jangan biarkan tersimpan dalam laci begitu sahaja. Korang boleh trade-in telefon lama tersebut untuk pembelian selepas pelancaran di kawasan Lembah Klang dan nikmati bonus trade-in* ekstra bernilai RM150.

    Penjimatan tambahan macam ni memang memberikan nilai yang sangat berbaloi untuk bajet upgrade korang. 

    *Tertakluk pada terma dan syarat

    Lengkapkan aksesori & perlindungan peranti ekstra

    Lebih menarik, korang berpeluang menikmati tawaran add-on deals eksklusif untuk pelbagai aksesori Apple seperti AirPods, AirTag dan 20W Adapter pada harga serendah RM1 sahaja!

    Selain itu, korang juga boleh menambah perlindungan AppleCare+ pada harga promosi istimewa dengan diskaun 25% daripada harga jualan sewaktu pelancaran. Peranti premium korang terjaga rapi, fikiran pun rasa lebih tenang!

    Dah sedia nak upgrade ke peranti baharu? Pra tempah iPhone 18 Pro di Shopee sekarang bermula 12 September 2026, jam 8 malam.

    The post Tak Suka Q Panjang Tapi Nak iPhone 18 Pro Hari Pertama Launch? Shopee Kan Ada! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah