Pengarah, Mohd Heykal Hanifah mengakui seorang sutradara perlu bijak menyusun jalan cerita agar karya yang dihasilkan bukan sahaja mematuhi syariah, malah kekal realistik.
Artikel Berkaitan: Ramadan Mentadabbur Keindahan! TV AlHijrah Sajikan Lebih 22 Program, 141 Jam Alunan Al-Quran & Drama Imam Al-Syafie
Artikel Berkaitan: Al Maqari Nafi Muncul Juara Sebab Pengacara Program Pentas Marhaban – ‘Sepanjang Saingan Kami Bersifat Profesional’
Patuh syariah tapi realistik

Menurut Heykal, pendekatan tersebut turut diterapkan dalam karya arahannya, Bersuara Tapi Tak Didengar yang bakal diterbitkan di TV AlHijrah.
Sebab itu garis panduan TV AlHijrah menetapkan bahawa keutamaan utama ialah pematuhan syariah. Kalau babak hanya mengambil masa satu saat, tetapi kemudian dipetik dan diperbesarkan tanpa konteks, boleh menjadi isu.
Sebagai pengarah, memang perlu berhati-hati. Kita perlu memikirkan perkara yang mungkin dipersoalkan oleh netizen sebelum mereka mempersoalkannya. Pada saya, itu perkara yang baik.
Sebagai pengarah, kita perlu fikir dahulu. Kita perlu cuba mengurangkan “noise” atau perkara yang boleh menimbulkan kontroversi.
Tambah Heykal, kreativiti diperlukan bagi memastikan sesuatu babak dapat disampaikan dengan baik tanpa mengetepikan batas yang ditetapkan.
Contohnya, kalau kita mahu menunjukkan babak tidur, kita tidak semestinya perlu menunjukkan seseorang tidur dengan tudung. Ada banyak cara lain untuk menyampaikan perkara tersebut.
Pernah berlaku situasi sebegitu dan netizen akan bercakap. Jadi, apabila kita mencari jalan yang selari dengan hukum Allah, kita perlu menggunakan kreativiti.
Netizen sebenarnya bagus kerana mereka membuat kita sentiasa berhati-hati. Kita perlu berwaspada sebelum menghasilkan sesuatu. Kena fikir dahulu, semak dan bertanya kepada pihak yang lebih arif.
Heykal berkata demikian ketika ditemui pada sidang media dan pelancaran empat drama terbaharu terbitan TV AlHijrah yang berlangsung di ibu kota pada Khamis.
Empat karya berkenaan adalah Bersuara Tapi Tak Didengar, Mistik Bilik Mayat, Ghost Busker dan Azan Terakhir Seorang Banduan.
Karya dibuat penilaian

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi (COO) TV AlHijrah, Nadzariah Mohamed berkata, pihaknya bekerjasama dengan beberapa golongan akademik dan penulis skrip yang berpengalaman bagi memastikan karya yang diterbitkan menepati konsep drama patuh syariah.
Kita bekerjasama dengan profesor dan juga penulis skrip untuk menghasilkan drama atau telefilem yang menepati konsep patuh syariah.
Skrip yang dihantar akan dinilai dan ada panel yang bertanggungjawab untuk membuat penilaian serta pemilihan. Kelainan bagi telefilem dan drama bersiri ini ialah kita cuba menerapkan elemen drama patuh syariah.
Sebelum ini, kita menghadapi masalah apabila hendak memperoleh drama bersiri daripada naskhah yang sedia ada kerana banyak kandungan di dalamnya tidak menepati garis panduan syariah.
Jadi, agak sukar untuk kita menayangkannya sama ada di platform digital mahupun di televisyen.
Bersuara Tapi Tak Didengar mula bersiaran pada 6 September 2026, setiap Ahad jam 9 malam dan Mistik Bilik Mayat pula akan menemui penonton bermula 22 September hingga 26 Oktober 2026, setiap Isnin dan Selasa jam 10 malam.
Manakala, Ghost Busker dijadualkan bersiaran dari 20 Oktober hingga 16 November 2026 setiap Isnin dan Selasa serta Azan Terakhir Seorang Banduan akan bersiaran pada 11 Oktober 2026, Ahad, jam 9 malam menerusi.
The post Heykal Hanifah Buktikan Drama Realistik & Patuh Syariah Boleh Dihasilkan – ‘Selari Dengan Hukum Allah, Guna Kreativiti’ first appeared on OHBULAN!.





