Pelakon dan pengacara, Janna Nick tampil menegur sikap segelintir individu yang gemar mengecam tentang fizikal seseorang.
Artikel Berkaitan: Janna Nick Lupa Tukar Lokasi Dalam Aplikasi, Solat Ikut Waktu Salah Di Luar Negara – ‘Nak Kena Qada Ke?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Janna Nick & Azar Azmi Akhirnya Bertemu, Berpelukan & Tak Mampu Tahan Sebak – ‘Janji Jangan Hilang Lagi’
Teguran Janna

Menerusi perkongsian di Threads, Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner, 31, menegaskan kepada setiap individu agar tidak mudah menilai fizikal seseorang hanya kerana penampilan mereka kelihatan lebih baik.
“Eh gemuk, mesti kuat makan dan pemalas.” “Banyak gila jerawat, mesti pengotor dan tak reti jaga kulit.”
Jangan menilai fizikal orang lain hanya sebab kau tengah prime.
Menurut Janna, setiap individu mempunyai perjuangan masing-masing yang mungkin tidak diketahui orang lain.
Kita tak tahu apa kesusahan yang mereka lalui. Ada yang dah exercise, diet, jaga makan, tapi berat masih susah nak turun.
Ada yang menangis sebab benci tengok kulit dan badan sendiri setiap hari depan cermin.
Ada yang dah putus asa nak bergaul sebab penat dgn mulut-mulut jahat.
Dalam masa yang sama, Janna juga memberi kata-kata semangat kepada individu yang sedang berdepan dengan masalah tersebut.
Untuk yang melalui fasa ini, percayalah pada proses.
Kita cantik!
Sumber: Threads
The post ‘Jangan Menilai Fizikal Orang Lain, Kita Tak Tahu Kesusahan Yang Mereka Lalui’ – Janna Nick first appeared on OHBULAN!.





