Cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob mengakui tidak mempunyai masalah untuk bertegur sapa dengan mana-mana individu yang pernah menjalin hubungan cinta dengannya sekiranya bertemu di luar.
Artikel Berkaitan: DSV Cemburu, Marah Fazley Yaakob Tayang Badan Di Media Sosial – ‘Abang Sengaja…’
Okay tegur ex

Menerusi hantaran di Threads, Fazley berkata, setiap bekas pasangan mempunyai kisah dan peranan tersendiri dalam perjalanan hidupnya, malah pengalaman bersama banyak mengajar untuk menjadi insan lebih baik.
Saya okay sahaja kalau bertembung dengan ex. Saya tetap akan salam dan tunjuk rasa hormat. Hormati ‘sejarah’ yang pernah terhasil. Tanpa ex, kita tidak akan mampu jadi yang lebih baik.
Fazley turut mengakui pengalaman dilukai oleh bekas pasangan sememangnya meninggalkan kesan, namun memilih untuk melihatnya sebagai satu proses pembelajaran.
Waktu terluka dahulu, mestilah akan berdarah tetapi parut pastinya akan menjadi pengajaran yang terbaik.
Macam beli karipap. Ada masanya terbeli karipap berinti angin, walaupun luarannya nampak penuh. Move on dan belajar.
Lebih baik cari karipap yang nampak biasa tetapi inti dia penuh ketika gigitan pertama hingga yang terakhir.
Untuk rekod, Fazley pernah mendirikan rumah tangga dengan Azrene Soraya Abdul Aziz pada 2006 sebelum mereka berpisah selepas 18 tahun bersama.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Fierudz Shah dan Alayna Selma, dengan hak jagaan bersama.
Sumber: Threads
The post Fazley Yaakob Tak Kekok Tegur ‘Ex’ Jika Bertembung – ‘Macam Beli Karipap, Ada Masa Inti Angin’ first appeared on OHBULAN!.





