32.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    A. Aida Angkat Isu ‘Haruan Makan Anak’ Dalam Filem ‘Bisikan Nafsu’ – ‘Objektif Untuk Beri Kesedaran’

    Shopee Sale

    Penerbit, Datuk A. Aida tampil berani untuk mengetengahkan isu jenayah seksual dalam keluarga menerusi filem terbaharunya, Bisikan Nafsu yang bakal menemui penonton di pawagam pada 1 Oktober depan.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Janji Untuk Buat Semua Mama Suruh’ – Azeva Nekad Ceburi Industri Seni Demi Datuk A Aida

    Jenayah seksual dalam keluarga

    Menurut A. Aida, filem arahan Riza Baharudin itu bukan sahaja mengangkat kisah mengenai trauma mangsa jenayah seksual, malah turut mengetengahkan nilai kesetiaan dan pengorbanan seorang lelaki terhadap insan yang dicintainya.

    Objektif utama filem ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat, khususnya golongan ibu yang berkahwin semula dengan lelaki lain supaya lebih peka terhadap keselamatan anak perempuan.

    Manakala anak perempuan juga haruslah menjaga penampilan dan tidak memakai pakaian yang terlalu seksi sehingga mengundang perkara yang tidak diingini.

    Selain itu, saya turut ketengahkan mengenai kesetiaan. Biasanya apabila berlaku tragedi sebegini, ada lelaki yang memilih meninggalkan pasangan.

    Namun dalam filem ini, saya mahu tunjuk masih ada lelaki yang terus berada di sisi insan yang dicintainya walaupun diuji dengan perkara yang sangat berat.

    Ada lelaki yang tepat

    Bisikan Nafsu mengisahkan Nadia yang mengalami trauma selepas menjadi mangsa rogol oleh bapa tirinya sendiri sehingga beberapa kali cuba menamatkan riwayat hidup.

    MENARIK:  Kasut Cepat Rosak & Berbau? Ini Tip Penyimpanan Yang Betul Untuk Tahan Lebih Lama

    Dalam keadaan hidup yang penuh dengan trauma dan kegelapan, Nadia bagaimanapun mendapat sokongan daripada tunangnya yang tetap setia berada di sisinya.

    Lelaki itu bukan sahaja cuba membantu Nadia berdepan trauma, malah berusaha mencari kebenaran dan menerima segala ketentuan yang berlaku dalam hidup mereka.

    Filem terbitan Hello Production Sdn. Bhd. dengan kerjasama A. Aida Production dan Mache Allstar United itu menampilkan gabungan pelakon baharu serta barisan pelakon berpengalaman.

    Aniq Suhair dan Azeva diberi tanggungjawab sebagai teraju utama, selain menampilkan Zul Huzaimy, Aleza Shadan, Watie Sadali, Raja Azmi, Ezzaty Abdullah, Aishah Husna dan Lan Siro.

    Filem berkenaan turut menampilkan penampilan istimewa Ameng Spring dan Siti Khadijah.

    Bisikan Nafsu akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 1 Oktober 2026.

    The post A. Aida Angkat Isu ‘Haruan Makan Anak’ Dalam Filem ‘Bisikan Nafsu’ – ‘Objektif Untuk Beri Kesedaran’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah