32.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zul Ariffin Ulas Trend Budak Baru Tolak Drama – ‘Kalau Nak Asah Bakat, Itu Tempat Terbaik’

    Shopee Sale

    Pelakon, Zul Ariffin mengakui penglibatannya dalam drama televisyen banyak membantu meningkatkan mutu lakonan, selain menjadi antara platform yang melonjakkan namanya dalam industri seni.

    Artikel Berkaitan: Daripada Pelakon Tambahan Sampai Jadi Leading Lady, Kenapa Siti Khadijah Halim Tak Mahu Terperangkap Dengan Status Heroin?

    Artikel Berkaitan: Isu Babak & Skrip Kontroversi, Zul Ariffin Berpendapat Pelakon Ada Hak Bincang Dengan Pengarah

    Penting buat drama

    Zul, 39, berkata, drama mempunyai capaian penonton yang luas dan menjadi medium penting untuk pelakon mengasah bakat, khususnya mereka yang baru memulakan kerjaya.

    Saya memulakan kerjaya lakonan dengan drama. Saya percaya ada kelompok peminat yang suka ke wayang menonton filem dan ada yang minat menonton drama TV.

    Saya sudah merasakan kedua-dua transisi itu, saya tiada masalah untuk buat drama TV dan filem. Saya suka momentum drama TV.

    Drama punya ‘reach’ jauh. Orang yang duduk luar bandar, mereka hanya menonton TV. Tontonan keluarga. Tidak semua orang hujung minggu hidup enjin kereta pergi wayang.

    Namun jika bertanya saya, kalau mahu asah bakat lakonan, di situ (drama) tempat terbaik. Kerana drama banyak main emosi, setiap episod berbeza emosi. Drama bagus untuk seseorang melatih diri jadi pelakon.

    Zul berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kecenderungan segelintir pendatang baharu yang menolak tawaran drama kerana lebih berminat dengan naskhah filem dan kandungan di platform penstriman (OTT).

    MENARIK:  [VIDEO] Ogy Ahmad Daud Kecewa Dengan Dua Orang Influencers – ‘Kau Menyusahkan Kakak Di Set’

    Menurut Zul, dia tidak mengetahui pertimbangan yang dibuat oleh kelompok tersebut dalam memilih sesuatu projek, namun percaya setiap pelakon mempunyai perancangan tersendiri untuk perkembangan kerjaya masing-masing.

    Saya tidak tahu pendatang baharu sekarang punya penilaian tentang drama TV bagaimana. Mungkin mereka mengejar harga. Tapi saya masih berpendapat penting juga buat drama.

    Budak baru kalau letak wajah mereka dalam drama TV bagus, kerana saya sendiri bina nama menerusi drama TV, saya tidak tahu mereka (pendatang baru). Mungkin lain yang mereka fikir.

    Zul berkata demikian ketika ditemui pada sidang media dan pelancaran telefilem Takdirnya Cinta terbitan UTV.

    Karya arahan Izuan Mokhtar itu menampilkan Zul dan Siti Khadijah Halim sebagai tunjang utama, selain dibintangi Fattah Amin, Muhsin Nadzli dan ramai lagi.

    Takdirnya Cinta diterbitkan bersempena ulang tahun pertama platform penstriman UTV dan mengetengahkan kisah percintaan yang lebih matang, dengan Istanbul, Turkiye menjadi antara latar utama.

    The post Zul Ariffin Ulas Trend Budak Baru Tolak Drama – ‘Kalau Nak Asah Bakat, Itu Tempat Terbaik’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah