32.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ucapan Nourul Depp Buat Ayu Nazirah Sempena Ulang Tahun Kelahiran Undang Sebak – ‘Dah Tiada Air Mata, Serah Pada Allah’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Nourul Depp menitipkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Ayu Nazirah yang ke-28 sekali gus mengundang rasa sebak dalam kalangan wargamaya.

    Artikel Berkaitan: ‘Adakala Saya Makan Biskut Sahaja, Asalkan Dapat Call Mak’ – Nourul Depp

    Ulang tahun kelahiran Ayu

    Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, 48, mengimbas kembali detik melahirkan Ayu ketika usianya 21 tahun dan menyifatkan kehadiran anak sulungnya itu sebagai nikmat terbesar dalam hidup.

    Ketika melahirkan kamu, saya baru berusia 21 tahun, masih muda dan belajar tetapi memiliki kamu adalah nikmat terbesar dalam hidup.

    Kamu ialah anak pertama, gadis kecil yang saya impikan. Kita membesar bersama melalui begitu banyak fasa kehidupan.

    Pada waktu kamu berusia 28 tahun, doa saya hanya berharap kamu menjadi lebih matang, bukan sekadar bertambah usia.

    Dalam ucapan sama, Nourul turut menitipkan pesanan buat Ayu agar terus menimba ilmu dan mengumpul pengalaman dalam kehidupan bagi mengenali diri sendiri.

    MENARIK:  Sule Mengesahkan Mahalini Memeluk Agama Islam dan Akan Menikah dengan Rizky Febian di Jakarta

    Walaupun mengakui hubungan mereka ketika ini tidak serapat dahulu, Nourul tetap mendoakan segala yang terbaik buat anaknya.

    Adakalanya saya mungkin tidak faham setiap pilihan yang kamu buat tetapi saya meraikan hari kamu hadir dalam hidup.

    Selamat ulang tahun kelahiran. Semoga tahun ini membawa ketenangan dan sentiasa ingat bahawa menjadi ibu kamu adalah nikmat terbesar dalam hidup saya.

    Dah tiada air mata kerana telah melepaskan, Allah SWT ada. Serahkan pada-Nya kerana Dia ada cara mengajar dan membesarkan kita, doakan yang baik-baik.

    Sebelum ini, Nourul pernah berkongsi mengenai hubungannya dengan Ayu yang masih dingin meskipun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memperbaiki keadaan.

    Ayu merupakan anak Nourul hasil perkahwinan dengan bekas suami iaitu komposer dan penyanyi Ajai. Pasangan itu berpisah pada 2007.

    Sumber: Threads

    The post Ucapan Nourul Depp Buat Ayu Nazirah Sempena Ulang Tahun Kelahiran Undang Sebak – ‘Dah Tiada Air Mata, Serah Pada Allah’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah