Pelakon, Nad Zainal berkongsi pengalaman mistik yang dialaminya beberapa tahun lalu, sebelum mendirikan rumah tangga dengan Engku Ismail.
Artikel Berkaitan: Nad Zainal Selamat Bersalin, Timang Cahaya Mata Lelaki – ‘Ibu & Bayi Dalam Keadaan Sihat & Comel’
Kejadian mistik

Menerusi hantaran di Threads, Nad atau nama sebenarnya Nadia Zainal Abidin, 36, berkata kejadian itu berlaku pada waktu malam ketika dia sedang berehat di ruang tamu sebelum terdengar bunyi tapak kaki menuju ke dapur.
Menurut Nad, bunyi tersebut seolah-olah menunjukkan seseorang sedang mengambil air sebelum membuang cawan ke dalam sinki.
Kejadian berlaku sekitar beberapa tahun lepas, saya tak berapa sedap badan, baring di sofa ruang tamu sambil lengan menutup muka.
Waktu itu sekitar 11 lebih atau 12 malam. Saya ada maid (waktu ini belum bernikah lagi dengan Ismail), jadi di rumah hanya anak anak dan maid.
Saya hampir lelap, saya dengar bunyi tapak kaki menuju ke dapur, tuang air coway dalam cawan plastik dan buang cup dalam sinki.
Esoknya saya tanya maid, “eh cup dalam sink mana?” dia jawab “aku tak minum” sambil tunjuk cup yang ada di rak pinggan , “yem ada minum??” , “tak” jawabnya pendek dan maid pun saksi Yem mmg tak bangun malam tadi.
Rentetan kejadian tersebut, Nad mengakui dia mula berasa seram untuk tidur di sofa ruang tamu.
Sampai sekarang, tak tahulah siapa yang pergi minum air coway dah buat bunyi campak cawan dalam sink. SSebab memang itu rutin kami di rumah. Sejak dari hari itu, no more tidur di sofa.
Sumber: Threads
The post Nad Zainal Trauma Tidur Atas Sofa, Dengar Bunyi Tapak Kaki Ke Dapur – ‘Sampai Sekarang Tak Tahu Siapa’ first appeared on OHBULAN!.





