Pelakon, Abby Abadi berkongsi sejak anak-anaknya dilahirkan, tanggungjawab menjaga dan membesarkan mereka terletak di bahunya.
Artikel Berkaitan: ‘Dua Tahun Saya Biarkan Marissa Dania Berada Dalam Hubungan Yang Menyusahkan’ – Abby Abadi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi Dedah Norman Hakim Tak Pernah Marah Marissa Dania – ‘Datang Jumpa Macam Orang Luar’
Jaga dari kecil

Menurut pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan, dia menjaga anak-anaknya sejak kecil dan kesemua mereka berada di bawah jagaannya sepenuhnya tanpa sebarang pertikaian daripada mana-mana pihak.
Dari kecil anak-anak semua dengan saya. Tak pernah berebut hak penjagaan ke apa sebab memang sayalah penjaga mereka dari kecil.
Abby menjelaskan perkara itu selepas seorang individu bertanyakan kepadanya sama ada anak-anaknya tinggal bersamanya ataupun tidak.
Sekadar makluman, Abby dan Norman Hakim mendirikan rumah tangga pada 2002 sebelum bercerai pada 2009.
Hasil perkahwinan, Norman dan Abby dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohd Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Selepas perceraian, Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria, manakala Norman berkahwin dengan Memey Suhaiza pada 2011.
Sumber: Instagram
The post ‘Tak Pernah Berebut Hak Penjagaan Sebab Saya Memang Penjaga Mereka Dari Kecil’ – Abby Abadi first appeared on OHBULAN!.





