Air beras merupakan antara rahsia kecantikan semula jadi yang diamalkan dalam rutin penjagaan kulit masyarakat Asia.
Artikel Berkaitan: Hukum Mewarnakan & Meluruskan Rambut Bagi Wanita Muslimah
Artikel Berkaitan: Rasa Stres? Ini Cara ‘Simple’ Untuk Anda Kembali Tenang
Kaya dengan zat berkhasiat

Cecair yang terhasil daripada rendaman air beras mengandungi pelbagai jenis mineral dan vitamin penting seperti vitamin B, vitamin E, asid amino serta sebatian antioksidan yang berperanan dalam menyokong kesihatan kulit.
Malah, butir beras juga kaya dengan zat yang bertindak sebagai antioksidan dan anti-inflamasi, yang dapat melindungi kulit daripada kerosakan sel, meredakan keradangan serta membuatkan kulit wajah tampak lebih berseri.
Air beras juga sesuai digunakan oleh semua jenis kulit wajah, termasuk kulit kering, kulit berminyak, kulit sensitif serta kulit yang mudah berjerawat.
Hal ini kerana sifatnya yang lembut dan menenangkan dapat membantu mengekalkan keseimbangan kulit tanpa menyebabkan iritasi, sekali gus menjadikannya pilihan selamat untuk rutin penjagaan harian.
Dalam konteks penjagaan kulit, air beras boleh dijadikan sebagai toner dengan menyapu kapas yang direndam ke wajah bagi menanggalkan kotoran dan lebihan minyak.
Seterusnya boleh dijadikan sebagai masker dengan cara memotong tisu mengikut bentuk wajah, merendamnya dalam air beras dan lekapkan pada wajah selama 15 minit. Cara ini membantu mengembalikan kesegaran kulit yang kusam.
Baik untuk kesihatan rambut

Selain itu, air beras sesuai dijadikan sebagai pencuci muka harian (cleanser), air basuhan beras yang disimpan dan digunakan ketika mencuci wajah dapat membantu meningkatkan seri kulit secara semula jadi.
Bagi mereka yang ingin mengecilkan liang pori, air beras boleh digunakan sebagai rawatan tempatan dengan menekapkan kapas kecil yang dibasahkan pada wajah.
Kaedah ringkas ini membantu mengetatkan liang pori serta menjadikan permukaan kulit kelihatan lebih halus dan licin.
Masalah jerawat juga dapat dikurangkan dengan penggunaan air beras kerana ia mengandungi antioksidan dan sifat anti-radangnya membantu menenangkan kulit dan mengurangkan kemerahan serta menjadikannya antara rawatan tradisional yang kekal relevan hingga kini.
Air beras bukan sahaja bermanfaat untuk wajah, malah turut baik untuk kesihatan rambut. Ia boleh disapukan pada kulit kepala dan helaian rambut selama 20 minit untuk menghasilkan rambut yang lebih lembut, berkilau, dan sihat.
Sumber: Wanista
The post Tak Perlu Produk Mahal, Air Beras Pun Boleh Buat Kulit Wajah Cantik & Berseri first appeared on OHBULAN!.





