Pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly memberi pendapat berkenaan penggunaan pinggan plastik semasa majlis rumah terbuka Hari Raya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Masak Di Kenduri Kahwin Keluarga Besan, Sheila Rusly Dipuji Netizen – ‘Memang Idola, Semua Turun Padang Merewang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Saya Mak Mentua Jahanam..Elisya Dah Lama Lari, Beatrice Dah Duduk Jakarta’ – Sheila Rusly
Guna pinggan plastik
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Sheila, 55, berkongsi bahawa dia terpaksa menggunakan pinggan plastik semasa mengunjungi ke rumah terbuka anak saudaranya baru-baru ini.
Semalam beraya di rumah anak buah, saya makan guna pinggan plastik sebab dia baru pindah rumah, pinggan tak cukup.
Menurut Sheila, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk menggunakan pinggan plastik namun, mempersoalkan mengapa perkara itu menjadi isu dalam kalangan segelintir masyarakat.
Saya okay sahaja, tak mencacatkan nasi lemak yang sedap ini.
Tak faham kenapa rumah terbuka guna pinggan plastik boleh jadi isu.
Komen netizen


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Sheila itu.
Dalam masa sama, mereka juga memahami keadaan tuan rumah yang berkemungkinan terlalu sibuk melayan tetamu dan menyediakan makanan ketika mengadakan majlis rumah terbuka.
Sumber: Threads
The post ‘Tak Mencacatkan Rasa..Tak Faham Kenapa Open House Guna Pinggan Plastik Jadi Isu’ – Sheila Rusly first appeared on OHBULAN!.





