25.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tajuk Semula: Kesilapan Mahkamah Memutuskan Ramadan Terakhir Nur Alya, 999

    Shopee Sale



    Sepanjang bulan Ramadan, penonton setia TV3 akan disajikan dengan pelbagai program dan rancangan menarik untuk tontonan seisi keluarga.

    Fail Mahkamah: Ramadan Terakhir Nur Alya

    Fail Mahkamah

    Antaranya, Fail Mahkamah: Ramadan Terakhir Nur Alya yang menceritakan mengenai kisah seorang pelajar Kolej Vokasional Port Dickson yang ditemui mati di tepi jalan di sebuah taman perumahan, Taman PD Permata.

    Kematian mangsa disyaki melibatkan bekas teman lelaki yang didakwa sebagai dalang utama di sebalik kes pembunuhan tersebut.

    Penonton boleh menyaksikan Fail Mahkamah: Ramadan Terakhir Nur Alya pada 20 Mac ini, jam 9 malam.

    999

    999

    Tidak ketinggalan juga sepanjang Ramadan ini adalah siri televisyen berita jenayah Malaysia yang popular iaitu 999. Rancangan ini akan bersiaran setiap Selasa jam 9 malam dengan pengisan terkini mengenai jenayah yang sedang berlaku dalam negara.

    Pelbagai segmen yang terkandung dalam program 999 antaranya laporan khas, rangkuman jenayah seminggu, tragedi dan viral.

    Majalah 3

    Majalah 3

    Selain itu, penonton juga akan dihidangkan dengan program Majalah 3 menerusi episod khas iaitu 10 Tahun MH370 dan Pesta Angin Timur Perlis 2024.

    10 Tahun MH370 akan mengisahkan tentang teori terkini mengenai pesawat MH370. Walaupun misi pencarian telah dihentikan pada tahun 2018, namun penyiasatan masih lagi diteruskan.

    Terkini, teori baharu telah dikemukan oleh pakar dan berkemungkinan mencetus kembali misi pencarian yang memungkinkan penemuan pesawat MH370 yang hilang secara misteri.

    MENARIK:  Anak Zahirah MacWilson Mengingatkan tentang Pentingnya Berbicara dengan Baik dan Berbuat Baik kepada Semua Orang

    Pelbagai isu berkait turut akan dibincangkan bersama bekas Ketua Juruterbang Serantau MAS Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan dan Ahli Geostrategis Prof Madya Dr Azmi Hassan.

    Sementara itu, Pesta Angin Timur Perlis 2024 pula merupakan Program Pelancongan berasaskan kebudayaan yang utama di Perlis.

    Pesta kali ini berlangsung di Kampung Lat Seribu, Tambun Tulang, Arau selama tiga hari bermula 1 Mac ini dan bakal menampilkan 11 aktiviti baharu untuk tarikan pengunjung.

    Dalam liputan Majalah 3 akan mengetengahkan aktiviti kampung yang jarang-jarang boleh didapati pada masa kini.

    Penonton boleh menyaksikan Majalah 3 pada malam ini, jam 9 malam di TV3.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah