25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syasya Rizal Terkesan Didakwa Hamil Sebelum Nikah, Akan Sedaya Upaya Lindungi Yassir – ‘Cukuplah Sekadar Orang Sekeliling Yang Tahu’

    Shopee Sale



    Didakwa hamil sebelum nikah, penyanyi, Syasya Rizal mengakui dirinya terkesan dengan tindakan segelintir netizen yang turut meninggalkan komen negatif kepada anaknya iaitu Muhammad Yassir Hayyan.

    Jangan caci anak!

    Walau bagaimanapun, Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal mengakui menyesal apabila terlalu cepat memberikan respons terhadap komen jahat tersebut.

    Ujar Syasya, dia tidak kisah sekiranya orang memberikan kata-kata negatif terhadap dirinya namun tidak terhadap Yassir.

    Bila dah jadi ibu, orang sentuh fasal anak pasti saya akan teremosi. Kalau sentuh saya, okey sahaja.

    Kalau anak, rasa macam kenapa nak cakap fasal anak saya tetapi salah saya juga sebab balas komen tersebut.

    Suami pun cakap tidak perlu balas, tutup sahaja sebelah mata. Saya yang cepat melatah.

    Syasya berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama anak yatim kerjasama Universal Music bertempat di Hotel Le Meridien, Petaling Jaya pada Rabu.

    Tak mahu fikir pandangan orang

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by ? SYASYA RIZAL ? (@syasya.rzl)

    Ketika ditanya adakah dirinya kecewa, bekas anggota kumpulan Dolla memaklumkan dirinya tidak mahu memikirkan pendapat dan pandangan orang luar memandangkan orang di sekelilingnya tahu kisah yang sebenar.

    Faham semua orang ada pendapat masing-masing. Cara mereka mentafsir apa-apa cerita pasti berlainan.

    Cukuplah sekadar orang sekeliling sahaja tahu cerita sebenar, itu sudah memadai.

    Bukan semua orang luar sana kenal Norsyasya Afiqah.

    Bercerita lanjut, penyanyi berusia 24 tahun ini memaklumkan akan sedaya upaya melindungi Yassir namun tidak keterlaluan kerana mahu anaknya itu mengenal dunia dengan lebih mendalam.

    Memang saya ada rasa nak melindungi anak, biasalah anak sendiri mesti sayang.

    Tetapi saya bukan nak ‘over protective’ (terlalu melindungi). Tidaklah, saya nak dia meneroka dunia.

    Terdahulu, seorang individu tampil membuat dakwaan mengatakan Syasya hamil selepas meninggalkan kumpulan Dolla sehingga terpaksa berkahwin dengan suaminya, Nasrullah Mohd. Sapie pada April tahun lalu.

    MENARIK:  Mek Yun Gembira Dapat Semula Akaun TikTok, Ucap Terima Kasih Pada ‘Followers’

    Tidak berdiam diri, Syasya terus berharap fitnah tersebut dibalas di akhirat nanti.

    Untuk rekod, Syasya dengan secara rasminya mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan Dolla pada 8 April atas alasan peribadi.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah