Pelakon, Aprena Manrose mengakui aspek kebersihan diri dan pemakaian minyak wangi menjadi keutamaan dalam rutin hariannya kerana percaya haruman memainkan peranan penting dalam membentuk identiti seseorang.
Artikel Berkaitan: Aprena Manrose Minta Pemiutang Bekas Suami Berhenti Ganggu, Dakwa Hutang Cecah Ratusan Ribu – ‘Cari Dia, Saya Tak Terlibat’
Artikel Berkaitan: Aprena Manrose Akui Persiapan Raya Kali Ini Berbeza – ‘Saya Hanya Fokus Pada Diri Sendiri & Keluarga’
Addicted dengan perfume

Aprena atau nama sebenar Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 33, berkata, dia terlalu menggemari wangian sehingga mempunyai kebiasaan menyembur minyak wangi sebelum tidur.
Malah, dia percaya haruman yang menyenangkan mampu menjadi daya tarikan, meskipun seseorang itu tidak memiliki rupa paras yang menawan.
Kebersihan itu nombor satu dan kedua adalah bau diri kita. Saya sendiri memang sukakan wangian. Sejujurnya, walaupun hendak tidur pun saya pakai minyak wangi bukan sebab busuk, tetapi suka tidur dalam keadaan wangi.
Walaupun seseorang itu tidak cantik, tetapi kalau wangi kita akan rasa mahu ikut orang itu. Ia penting sebab merupakan identiti seseorang.
Saya memang suka minyak wangi dan kalau datang ke rumah, koleksi wangian banyak. Saya pernah berhabis beli minyak wangi saiz kecil harga RM1,500 sebotol untuk acara penting, tetapi pakai sedikit-sedikit.
Sekarang banyak produk tempatan yang lebih wangi, murah dan baunya tahan lama, jadi sudah tentu saya sokong produk lokal.
Aprena berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk wangiannya sendiri iaitu Aurena x Beauboss yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.
Berkongsi pengalaman sepanjang bekerja dalam industri seni, Aprena tidak menafikan pernah berdepan situasi kurang menyenangkan apabila bertemu individu yang mempunyai masalah bau badan.
Saya jenis tidak cakap terus. Saya akan bergerak dari situ ataupun tahan nafas. Kalau seseorang itu ada bau badan, orang mesti akan terfikir, ‘dia ini tak mandi ke?’. Itu persepsi orang terhadap individu yang berbau badan.
Tetapi hendak buat macam mana, kadangkala benda itu memang sudah ada. Jadi mungkin masing-masing perlu cari jalan bagaimana untuk mewangikan diri. Kerap-keraplah sembuh perfume.
Dalam perkembangan lain, Aprena tidak dapat menyembunyikan keterujaannya apabila impian untuk memiliki minyak wangi sendiri akhirnya menjadi kenyataan menerusi kerjasama dengan jenama tempatan, Beauboss.
Wangian berkenaan mengetengahkan gabungan aroma bunga mawar dengan sentuhan haruman musky serta bau lembut bedak bayi yang memberikan kesegaran, sekali gus sesuai digunakan sebagai wangian harian.
The post Aprena Manrose Ketagih Minyak Wangi, Wajib Sembur ‘Perfume’ Sebelum Tidur first appeared on OHBULAN!.





