33.7 C
Kuala Lumpur
Monday, November 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Maaf Kalau Cara Abang Bergurau Buat Aina Tak Selesa, Tak Berniat Nak Menyindir’ – Afdlin Shauki

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara, Datuk Afdlin Shauki tampil memberikan penjelasan susulan gurauannya mengenai penyanyi, Aina Abdul ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Jurulatih Aina Abdul Tempelak Afdlin Shauki – ‘Ada Beza Antara Melawak Dengan Kata-Kata Tidak Beradab’

    Artikel Berkaitan: Zed Zaidi Tak Setuju Kenyataan Ahmad Idham Kaitkan FFM35 Dengan Unsur Kroni

    Afdlin Shauki minta maaf

    Menerusi hantaran di Threads, Afdlin menjelaskan bahawa dia terpanggil untuk memberikan penjelasan selepas gurauannya itu menerima pelbagai tafsiran daripada orang ramai.

    Abang memang peminat Aina Abdul. Abang ikuti perjalanan Aina dari jauh, tengok macam mana dia bina nama dan lalui macam-macam untuk sampai ke tahap sekarang. 

    Dalam ramai-ramai artis kita, Aina antara yang paling berani bereksperimen dengan fesyen. Dia buat dengan begitu konsisten sampai orang nampak busana dari jauh pun dah tahu, “Ha, itu mesti Aina Abdul.”

    Itu namanya branding yang menjadi.

    Menurut Afdlin, dia sudah lama mengikuti perjalanan seni Aina dan memilih untuk menyebut nama penyanyi itu kerana mengagumi keberaniannya dalam berfesyen dan menampilkan identiti tersendiri.

    Sebab itulah abang petik nama Aina malam tu. Sebagai hos, abang suka selitkan gurauan tentang rakan-rakan seni yang abang kagumi. 

    Masa mengacara Anugerah Industri Muzik dulu pun abang pernah bergurau tentang Zee Avi, Sheila Majid, arwah Adibah Noor, Jaclyn Victor dan ramai lagi. 

    Tak ada niat nak ‘body shaming’

    Mengulas dakwaan tersebut, Afdlin menafikan gurauannya bertujuan mempersendakan bentuk badan seseorang, sebaliknya ia merujuk kepada saiz dan rekaan busana yang boleh mempengaruhi sudut pandangan kamera sekiranya individu yang memakainya berada di barisan hadapan.

    Bila timbul soal body shaming, abang nak jelaskan apa yang abang rujuk.

    Punchline malam tu tentang saiz busana dan apa jadi pada pandangan kamera kalau busana segah itu ada di barisan depan. 

    Abang sendiri dah lama menerima komen tentang tubuh badan, jadi abang tahu macam mana rasanya bila badan kita dijadikan bahan lawak. 

    Abang sebut nama Aina sebab gaya dia cukup kuat sampai orang terus kenal. Keberanian dia itulah yang abang nak tonjolkan.

    Pada masa sama, pelakon filem Baik Punya Cilok ini turut mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada pelantun lagu Jangan Mati Rasa Itu sekiranya gurauan tersebut menimbulkan rasa kurang senang.

    Aina, kalau cara abang bergurau malam tu buat Aina rasa tak selesa, abang minta maaf. Abang tak berniat nak menyindir Aina.

    Abang memang big fan, dan insya-Allah kalau ada rezeki, abang teringin sangat nak bekerja dengan Aina suatu hari nanti.

    Dalam pada itu, Afdlin mengakui penerimaan masyarakat terhadap sesuatu gurauan kini semakin berbeza berbanding dahulu. Bagaimanapun, dia menerima setiap teguran dan nasihat yang diberikan orang ramai.

    Cara orang menerima gurauan dah banyak berubah sejak zaman abang mula mengacara. Sekarang, beberapa saat dari satu malam boleh beredar sendiri dan orang dengar dengan macam-macam tafsiran. 

    Sebab itu abang rasa elok abang beri konteks sendiri. Kepada yang menegur, abang dengar. Kepada yang dah lama tak berkenan dengan abang, abang doakan yang baik-baik juga.

    Abang jauh daripada sempurna. Abang cuma cuba buat sebaik mungkin dalam kerja dan dalam hidup.

    Sebelum ini, Afdlin ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) berseloroh meminta agar sesiapa yang memakai baju persis Aina Abdul untuk duduk di belakang dewan kerana bimbang menghalang pandangan Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Sanggup Hilang Gaji Berpuluh Ribu, Janji Keluarga Selamat & Tak Perlu Hidup Dalam Ketakutan’ – Faisal Halim

    Sumber: Threads

    The post ‘Maaf Kalau Cara Abang Bergurau Buat Aina Tak Selesa, Tak Berniat Nak Menyindir’ – Afdlin Shauki first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah