Kalau anak-anak selalu berangan nak jadi ejen rahsia seperti Ejen Ali, mungkin inilah peluang untuk mereka bawa sedikit keterujaan itu ke sekolah!
Sempena kempen Back To School, Bata tampil dengan kolaborasi istimewa bersama animasi popular tempatan, Ejen Ali, yang meraikan ulang tahun ke-10 tahun ini.
Lebih menarik, ibu bapa yang membuat pembelian minimum RM170 untuk produk persekolahan berpeluang mendapatkan beg jerut (drawstring bag) eksklusif Bata X Ejen Ali secara percuma.
Bayangkan betapa seronoknya anak-anak apabila dapat membawa beg dengan karakter kegemaran mereka ke sekolah!
Tawaran Gift With Purchase (GWP) ini bagaimanapun tertakluk kepada stok yang masih ada.
Lengkapkan misi kembali ke sekolah dengan kasut Bata ZAP & GO!

Setiap ejen perlukan kelengkapan yang sesuai untuk menjalankan misi, begitu juga anak-anak yang bakal kembali ke sekolah!
Bata menawarkan kasut sekolah ZAP & GO! pada harga RM79.99 sepasang, lengkap dengan tali pelekat pantas (Fast Straps) yang memudahkan anak-anak memakai dan menanggalkannya sendiri.
Rekaannya yang ringan, mempunyai ciri breathable untuk pengudaraan lebih baik serta ciri anti-bakteria menjadikannya pilihan praktikal untuk aktiviti harian di sekolah.
Lebih banyak pilihan kombo, kasut sekolah serendah RM99!


Nak lengkapkan persiapan sekolah tanpa terlebih bajet? Bata turut menawarkan pelbagai pakej kombo yang menggabungkan kasut, stoking, beg sekolah dan produk penjagaan kasut.
Menariknya, Bata turut menawarkan pelbagai promosi dan pakej kombo kasut sekolah yang membolehkan ibu bapa mendapatkan kelengkapan anak-anak pada harga lebih berbaloi, dengan penjimatan sehingga RM73 sepanjang kempen berlangsung!
Kempen Back To School Bata berlangsung dari 23 November 2026 hingga 4 Januari 2027.


Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melengkapkan persiapan persekolahan anak-anak dengan lebih berbaloi menerusi kempen Back To School daripada Bata!
Kunjungi mana-mana cawangan Bata berhampiran anda atau layari laman web rasmi http://www.bata.com untuk melihat pilihan kasut, kelengkapan sekolah serta promosi menarik yang ditawarkan sepanjang kempen berlangsung.
The post Misi Ke Sekolah Bersama Ejen Ali & Bata! Hadiah Eksklusif Percuma Menanti! first appeared on OHBULAN!.





