Anak kepada usahawan terkenal Kak KM iaitu Faris KM memilih mengikuti jejak langkah neneknya, Normah Damanhuri untuk membina nama dan karier sebagai seorang pelakon.
Artikel Berkaitan: #OBPVO2.0: Faris KM Teruja Turut Tercalon, Mahu Bakat & Nama Lebih Dikenali – ‘Inilah Permulaannya..’
Darah seni

Ketika ditemui , Faris, 20, berkata minat terhadap seni lakonan sudah mula disedarinya sejak di bangku sekolah lagi.
Mengambil kira pandangan ibu, Faris kemudian memilih untuk melanjutkan pelajaran peringat pengajian tinggi dalam jurusan teater dan serius untuk terus mengasah bakat lakonannya.
Bermula dari saya Tingkatan 5 ketika menyertai persembahan di sekolah. Saya tunjuk pada mama lakonan saya dan dia terus komen yang saya sesuai untuk jadi seorang pelakon.
Mama tak mahu saya sia-siakan peluang ini, jadi dia cadangkan saya masuk jurusan teater.
Dari situ saya cuba tingkatkan kemahiran dan ambil ilmu. Jadi apabila masuk ke dalam industri nanti saya sudah ada asas.
Menurut Faris, neneknya sering membantu setiap kali dia mempunyai tugasan lakonan dengan menurunkan ilmu serta pengalaman yang dimiliki sebagai anak seni.
Setiap kali ada ujian untuk lakonan, saya akan terus minta nasihat dan pertolongan nenda.
Saya akan berlatih di hadapan rumah bersama nenda dan dia akan beri komen tentang lakonan saya. Selalu juga kena marah dengan nenda tetapi saya akan dapatlah markah yang tinggi.
Setiap kali dia menonton persembahan saya, dia akan menangis dan terharu. Komennya, ‘Faris memang ada jiwa.’ Dia memang rasa bangga dengan saya.
Tambah Faris, dia akan sentiasa mengingati dan menjadikan nasihat neneknya sebagai panduan untuk bergelar pelakon hebat.
Nenda pesan, jadilah diri sendiri. Tak kisah apa sahaja yang jadi jangan fake, barulah orang akan pandang diri kita dengan baik.
Sementara itu, Kak KM sebagai ibu mengakui gembira apabila anak lelakinya mempunyai bakat yang sama seperti bonda tercinta.
Memang saya sangat seronok dengan minat yang ditonjolkan Faris. Sebelum ini orang tanya, ‘Kenapa Kak KM tak jadi pelakon? Mak pelakon.’
Sebenarnya, belum tentu mak pelakon anak akan ikut ataupun belum tentu akan menjadi macam mak.
Dalam masa yang sama, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, turut kagum dengan komitmen yang diberikan ibunya setiap kali menjayakan sesebuah naskhah lakonan.
Tak sangka anak saya seorang ini boleh ikut jejak langkah nenda dia. Sebenarnya bangga sangat-sangat sebab nenda dia sudah beberapa kali menang trofi dan sangat komited dengan kerja.
Saya sendiri pun memang mengidolakan mak sebab dia punya disiplin kerja, tak ada siapa boleh lawan.
Calon OBPVO 2.0

Dalam perkembangan lain, Faris turut tercalon bagi kategori Nepo Baby Paling Viral di Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0).
OBPVO2.0 mempertandingkan sembilan kategori iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Pelakon Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.
Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Paling Viral Online 2.0 Januari ini yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi
Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!
The post #OBPVO2.0: Faris KM Warisi Bakat Normah Damanhuri, Serius Timba Ilmu Lakonan – ‘Nenda Menangis Terharu Tonton Persembahan Saya’ first appeared on OHBULAN!.





