25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syamim Freida Kongsi Detik Perkenalan Dengan Suami – ‘Abang Saya Yang Kenalkan Kami’

    Shopee Sale

    Pelakon Toh Puan Syamim Freida berkongsi detik perkenalan dengan suami, YM Tengku Ezrique Ezzuddean menerusi sesi soal jawab (Q&A) di Instagram Story.

    Artikel Berkaitan: ‘Pada Malam 27 Ramadan, Saya Berjaya Khatam Al-Quran & Ia Jatuh Pada Ulang Tahun Perkahwinan Kami Ke-10’ – Syamim Freida

    Artikel Berkaitan: Lapan Tahun Berkahwin, Syamim Freida Serah Soal Zuriat Kepada Ilahi – ‘Belum Ada Rezeki, Doakanlah’

    Pertemuan aturan keluarga

    Pemilik nama penuh Syamim Mohd Farid, 35, ini mendedahkan bahawa pertemuan mereka bukanlah berlaku secara kebetulan, sebaliknya melalui perancangan keluarga.

    Bercerita lanjut, Syamim menjelaskan bahawa abang kandungnya sendiri yang memperkenalkan mereka berdua.

    Saya jumpa dia melalui aturan keluarga. So, abang saya yang perkenalkan kami.

    Bukan itu sahaja, Syamim turut berkongsi bagaimana dia yakin bahawa Tengku Ezrique adalah pasangan hidup yang tepat buat dirinya.

    MENARIK:  [VIDEO] Aliff Syukri & Shahida Kenang Momen Susah Senang Bersama – ‘Pernah Bawa Anak Ikut Berniaga, Baringkan Atas Tikar’ 

    Menurut Syamim, tempoh perkenalan mereka tidaklah lama sebelum masing-masing memutuskan untuk mendirikan rumah tangga.

    Saya cuma dengar nasihat ibu saya dan restu dari dia. Dari situ saya tahu dialah orangnya.

    Kami berkenalan tak lama kemudian terus kahwin.

    Untuk rekod, Syamim mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Selangor, Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari Al-Hajj pada 19 Mac 2016.

    Sumber: Instagram Syamim Freida

    The post Syamim Freida Kongsi Detik Perkenalan Dengan Suami – ‘Abang Saya Yang Kenalkan Kami’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah