25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Aliff Syukri & Shahida Kenang Momen Susah Senang Bersama – ‘Pernah Bawa Anak Ikut Berniaga, Baringkan Atas Tikar’ 

    Shopee Sale



    Pasangan usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida mengenang kembali momen awal perkahwinan yang membuatkan pernikahan mereka bertahan hingga ke hari ini.

    Tak pernah putus asa

    Menerusi perkongsian di TikTok, Aliff, 38, berkongsi dia pernah mengalami fasa kehidupan yang paling bawah ketika di usia muda namun tidak pernah terfikir untuk berputus asa.

    Aliff berkata mudah untuk mencari pasangan ketika waktu senang tetapi sangat susah untuk mencari pasangan yang sanggup menghadapi kepayahan hidup bersama.

    Kalau saya bergaduh dengan isteri, saya sering ingat momen ketika kami susah.

    Jujurnya ramai yang mahu dekat saya, tetapi bila difikirkan semula tidak ramai yang boleh bersusah payah dengan saya.

    Menceritakan kembali, pemilik nama Nur Shahida Mohd Rashid, 40, berkata Alif pernah diberhentikan kerana memberontak mahu terus maju ke hadapan.

    Jelas anak mertua kepada Bonda Rozita Ibrahim, suaminya itu tidak pernah berpuas hati dengan setiap perkara yang dilakukan dan mahukan kejayaan dalam hidup.

    Alif tidak akan balik selagi tidak dapat gaji untuk sehari.

    Pernah sekali dia telefon saya dengan keadaan menangis beritahu produknya tidak terjual.

    Momen paling ingat

    Ketika ditanya mengenai momen perkahwinan yang tidak boleh dilupakan sehingga ke hari ini, Shahida mengimbas kembali detik-detik sukar sewaktu mereka memulakan perniagaan suatu ketika dahulu.

    Paling ingat ialah momen jatuh bangun bersama Alif sebab kami pernah berniaga di pasar sama-sama, dan buka kedai jamu.

    Kami pernah bawa anak yang masih kecil ikut berniaga, saya baringkan dia di atas tikar.

    Hari raya pula kami macam tidak raya.

    Bagi Alif pula, dia berkata isterinya sanggup menggadaikan barang kemas miliknya semata-mata kerana mahu menolongnya.

    Kami pernah tiada duit nak beli rumah dan terpaksa mencari rumah sewa. Kemudian, paling sedih bila kami nak beli ikan segar tetapi tiada duit.

    Shahida sampai nak gadaikan barang kemas.

    Untuk rekod, Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada tahun 2007 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan enam cahaya mata.

    MENARIK:  Mahalini Kembali Bersinar Dengan ‘KOMA Live In Concert’ Di Jakarta & Kuala Lumpur

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah