30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syafie Naswip Elak Baca Komen Negatif Demi Kesihatan Mental – ‘Sampai Satu Tahap Saya Hanya Tengok & Scroll Saja Media Sosial’

    Shopee Sale

    Demi menjaga kesihatan mental, pelakon Syafie Naswip memilih untuk enggan melayan komen-komen negatif di media sosial.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syafie Naswip Pernah Jadi Mangsa Tak Dapat Bayaran, Dianiaya Produksi Selama Dua Tahun

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Drama Pendek Raya ‘Luluh’ Sarat Emosi & Pengajaran, Lakonan Syafie Naswip Meruntun Hati

    Tak baca komen

    Ketika ditemui , Syafie berkata, dia lebih selesa untuk tidak membaca kecaman yang dilemparkan warganet terutama yang melibatkan isu sensitif.

    Kalau saya tahu ada isu panas atau kontroversi, saya pilih untuk elak baca. Kalau nampak perkara sensitif, saya terus ‘scroll’.

    Supaya saya tak terbaca komen atau rasa terkesan dengan benda yang boleh menjejaskan mental.

    Sepanjang 20 tahun dalam industri, saya sudah sampai ke satu tahap di mana saya hanya suka tengok video atau ‘scroll’, tetapi saya tidak akan baca komen. Itu salah satu cara untuk saya jaga mental.

    Dalam drama terbaharu saya ini, kami ada selitkan beberapa tip atau cara untuk menguruskan mental kerana kita tahu sekarang ini kita hidup dalam dunia yang penuh dengan penilaian dan kecaman. Jadi, inilah cara saya jaga diri.

    Syafie berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media drama bersiri Hello Bam Bam di KopiHut Sri Rampai pada Rabu.

    MENARIK:  Atikah Suhaime Masih Merasakan Kehadirannya Janggal Dalam Gelaran Datin – ‘Namun, Saya Mendapati Bahawa Dalam Perniagaan, Orang Lebih Menghormati Saya’

    Pandangan masing-masing

    View this post on Instagram

    A post shared by Syafie Naswip (@syafienaswip)

    Dalam masa yang sama, Syafie memberitahu sebagai anak seni, dia tidak mengambil pusing dengan kritikan yang dilemparkan oleh warganet.

    Menurut aktor berusia 32 tahun itu, penonton mempunyai pandangan masing-masing terhadap setiap watak yang dibawanya.

    Kalau orang terima dengan cara berbeza, itu sebenarnya bergantung kepada jangkaan atau perspektif masing-masing. Saya tak boleh nak salahkan mereka, itu pilihan mereka.

    Bagi saya, saya dah buat bahagian saya, saya dah cuba yang terbaik…itu sudah cukup. Jadi kita teruskan sahaja. Kalau ada orang nak menilai atau mengkritik, biarlah.

    Saya pun sebenarnya tidak baca sangat komen. Lebih baik saya teruskan hidup dan ‘move on’.

    Dalam perkembangan lain, Syafie turut membawakan watak Awin, seorang khunsa dalam drama Hello Bam Bam yang bakal ditayangkan di aplikasi TikTok tidak lama lagi.

    Drama yang berkisarkan tentang isu kesihatan mental itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Azwan Ali, Maria Farida, Sofi Jikan, Kodi Rasheed dan Abang Aji.

    The post Syafie Naswip Elak Baca Komen Negatif Demi Kesihatan Mental – ‘Sampai Satu Tahap Saya Hanya Tengok & Scroll Saja Media Sosial’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah