31.6 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suspek Dedah Hanya Mahu Samun, Humban Sabari Ke Dalam Sungai Selepas Mangsa Cam Wajah

    Shopee Sale



    Dua suspek yang disyaki membunuh Sabari Baharom mendedahkan mereka bertindak menghumban mangsa ke dalam sungai kerana mahu menghapuskan bukti selepas menyamun pesara pegawai kewangan Felcra itu.

    Samun lebih RM10,000

    Foto: Harian Metro

    Memetik laporan Harian Metro, kedua-dua suspek yang berusia 26 dan 38 tahun memaklumkan bahawa pada awalnya mereka hanya mahu menyamun Sabari namun bertindak sedemikian selepas mangsa mengecam wajah mereka.

    Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, hasil siasatan awal yang dilakukan ke atas dua suspek mendapati motif pembunuhan dilakukan kerana mereka telah menyamun mangsa sebanyak RM11,000.

    Kedua-dua suspek kemudiannya bertindak mengikat tangan dan menutup mulut mangsa dengan pita pelekat sebelum mencampakkannya ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa.

    Perbuatan itu dilakukan selepas mangsa mengecam wajah suspek menyebabkan mereka mengambil tindakan itu (membunuh).

    Bagaimanapun, sehingga kini mangsa masih gagal dijumpai.

    Terdahulu, Sabari dilaporkan hilang sejak 4 September lalu dan gagal dikesan sehingga kini.

    MENARIK:  ‘Tak Solat Ke Datin?’ – Intan Najuwa Respon Disoal Tentang Ibadah, Netizen ‘Backup’ Cakap Tak Perlu Menunjuk

    Walau bagaimanapun, kehilangan Sabari kemudiannya terjawab apabila pihak polis mengesahkan mangsa dicampak ke dalam Sungai Padang Terap.

    Persoalan itu mula terjawab selepas polis menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terbabit melakukan perbuatan itu.

    Kini, siasatan yang sebelum ini dilakukan berkaitan kes orang hilang akan dilanjutkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu bunuh.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah