
Sejak kebelakangan ini gerak geri pelakon, Datin Intan Najuwa sering kali mendapat perhatian warganet malah ada saja yang tidak kena di mata mereka
Soal tentang solat
Aduhai netizen pun ?? #intannajuwa #berryfull #gattox #tiktok #fashasandha #fyp #viral
? ?????????????????? (Speed Up) – PONCHET
Ketika sesi siaran langsung di TikTok, seorang individu meninggalkan komen dengan mempersoalkan tentang ibadah solat Intan.
Tak solat ke datin? Takkan nak cantik je?
Tidak berdiam diri, pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid itu kemudian memberikan respons kepada soalan tersebut.
Apa soalan kau ni? Apa kena mengena cantik dengan solat? Lari sangat soalan itu.
Kalau kau tanya soalan tu dalam kelas, nanti kau kena halau dari kelas itu. Sebab soalan itu lari topik.
Macam langit dengan bumi.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati pelakon drama Racun Rihanna itu untuk mengabaikan individu berkenaan.
Takkan dia solat dia nak buat ‘live’.
Solat bukan untuk ditunjuk tunjuk.
Solat tak perlu beritahu orang, itu antara dia dengan Allah.
Abaikan sahaja datin, solat itu antara Allah dan hambanya.
Takkan solat pun nak rekod, nanti viral kena kecam juga.





