
Sunway Mega Roadshow 2025 yang berlangsung di beberapa lokasi seluruh Malaysia dan juga Singapura buat pertama kali, berjaya mencatat jumlah jualan sebanyak RM60 juta.
Paling menarik, Sunway Super App pun pecah rekod dengan RM6.1 juta transaksi digital serta mencatat 33 juta interaksi, meningkat 41% berbanding tahun 2024. Ini jelas menunjukkan keberkesanan platform digital ini dalam mencapai rakyat Malaysia.

Bermula dari 13 Februari hingga 2 Mac 2025, roadshow ini singgah di beberapa lokasi seperti Sunway City Kuala Lumpur, Sunway City Iskandar Puteri, Pulau Pinang, dan Ipoh. Untuk pertama kalinya, roadshow ini juga berjaya menembusi pasaran seberang laut di Singapura.
Tapi yang buat ramai kagum ialah pertumbuhan pesat Sunway Super App sepanjang kempen ini. Aplikasi gaya hidup satu hentian ini mencatatkan 54,000 muat turun dan 24,000 pendaftaran baharu, menunjukkan peningkatan 26% dan 15% berbanding tahun lepas.
Sunway Super App, yang diperkenalkan pada tahun 2023, menghubungkan pengguna dengan pelbagai produk dan perkhidmatan Sunway, termasuk promosi eksklusif serta program menarik.
“Sunway bermula daripada langkah kecil dan kini berkembang menjadi antara konglomerat terbesar di Asia Tenggara. Cabaran terbesar kami ialah menyatukan pelbagai perniagaan dari pelbagai sektor. Sebab itu, Sunway Mega Roadshow diwujudkan bagi menampilkan segala tawaran terbaik kami di satu tempat,” kata Timbalan Presiden Sunway Group, Evan Cheah.
Selain jualan luar biasa, roadshow ini juga menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM2 juta dan menyaksikan seorang peserta bertuah memandu pulang kereta elektrik (EV) baharu bernilai lebih RM100,000.
Seorang lagi pemenang bertuah pula menikmati percutian mewah hujung minggu di The Banjaran Hotsprings Retreat, yang terletak di Sunway City Ipoh. Lebih menarik, trip ini termasuk servis pemandu peribadi dengan kenderaan elektrik MPV mewah.







