31.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pendirian lantang pertahan Palestin, Malaysia bakal berdepan tekanan AS

    Shopee Sale

    Parti Wawasan Negara memberi amaran kepada Putrajaya bahawa negara bakal berdepan cabaran sengit daripada Amerika Syarikat (AS) berikutan dasar anti-Israel yang diperjuangkan sejak sekian lama.

    Bagaimanapun, setiausaha agung parti itu, Saifuddin Abdullah, menyokong pendirian Putrajaya dalam mengekalkan pendirian pro-Palestin susulan kecaman beberapa ahli Kongres AS, sambil menambah bahawa pendirian negara konsisten selama bertahun-tahun dan tidak sepatutnya berubah.

    Bercakap dalam satu episod podcast Explain Sikit terbitan KiniTV, bekas menteri luar itu mengakui bahawa tekanan daripada kumpulan pro-Israel di AS memang dijangkakan, namun dia menegaskan bahawa Malaysia perlu bersiap sedia dari sudut diplomasi dan bukannya bertindak dengan rasa takut, meskipun lapan ahli Kongres AS dilaporkan menggesa tindakan diambil terhadap negara ini, termasuk pemotongan dana pendidikan ketenteraan.

    "Pakar diplomasi dan pegawai Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri kita mesti bersiap sedia – bukannya takut – tetapi bersedia kerana mereka bakal berdepan tugas yang sukar. Jadi, kita mesti berhati-hati," kata Saifuddin.

    Pada 24 Julai, Menteri Luar Mohamad Hasan berkata Jabatan Negara AS memanggil duta Malaysia ke AS bagi menjelaskan dasar negara yang tidak mengiktiraf Israel.

    Tindakan itu menyusul selepas siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap warganegara Israel yang mempunyai dua kewarganegaraan, yang bekerja di syarikat permulaan teknologi Network School di Forest City, Johor.

    Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel dan tidak mengiktiraf kewujudannya sebagai sebuah negara, sebaliknya mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat.

    Dalam pada itu, Saifuddin turut merendahkan kebimbangan bahawa kontroversi menyelubungi individu yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel di Malaysia akan menjejaskan pelaburan luar secara signifikan.

    "Sudah tentu ada cara untuk pegawai kita menanganinya bagi mengelakkan sebarang perkara buruk berlaku kepada perdagangan antarabangsa, kemasukan pelaburan luar ke Malaysia dan sebagainya," tambahnya.

    Kebimbangan terhadap Imigresen

    MENARIK:  Semakan k'jaan Perlis kes penukaran agama anak-anak Loh didengar Feb

    Bagaimanapun, bekas pemimpin Bersatu itu berkata isu berkenaan menyelongkar kebimbangan berhubung pengurusan sempadan dan penguatkuasaan imigresen, sambil merujuk kepada laporan terdahulu yang melibatkan warganegara asing masuk dan menetap di negara ini.

    Dia mempersoalkan sama ada kelemahan dalam penguatkuasaan berpunca daripada kebocoran, rasuah, jurang teknologi, atau anggota yang tidak bersiap sedia sepenuhnya.

    Saifuddin Abdullah

    "Sebab itulah saya tegaskan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail perlu datang ke Parlimen untuk memberi penjelasan.

    "Rakyat ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku kepada keselamatan negara kita dalam konteks kemasukan pendatang, dan kini isu warganegara asing yang datang ke sini," katanya.

    Saifuddin menggesa kerajaan agar mempelbagaikan lagi rakan kerjasama ekonomi dan diplomasi bagi mengurangkan kebergantungan kepada mana-mana satu negara atau blok semata-mata.

    Kukuhkan hubungan dengan Brics, OIC

    Anggota Parlimen Indera Mahkota itu berkata Malaysia sepatutnya mengukuhkan penglibatan dengan negara-negara Brics dan anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), di samping merebut peluang untuk memperdalam hubungan dengan negara-negara Arab.

    Brics, yang pada asalnya dianggotai Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, kini mempunyai 10 anggota penuh dan sembilan negara rakan kongsi.

    OIC pula dianggotai 57 negara ahli, menjadikannya pertubuhan antarabangsa kedua terbesar di dunia selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    Secara kolektif, negara-negara Brics merangkumi hampir 55 peratus daripada populasi dunia, manakala negara anggota OIC mewakili kira-kira suku daripada populasi global.

    Merujuk kepada perkembangan serantau, termasuk konflik di Asia Barat, Saifuddin berkata Malaysia sepatutnya menggunakan peluang ini untuk meluaskan kerjasama dengan negara-negara Teluk.

    "Jika ditanya negara mana, saya akan sebut Qatar kerana negara itu menunjukkan minat yang tinggi dalam diplomasi.

    "Kita perlu mencari jalan untuk memposisikan Malaysia sebagai pintu masuk ke Asean bagi negara-negara Eropah dan Arab, terutamanya negara-negara Teluk," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah