27.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Ramai Salah Anggap Saya Rindu Dengan Perkara Lalu, Tetapi Tidak’ – Diana Danielle

    Shopee Sale

    Pelakon, Diana Danielle berkongsi momen emosional sehingga menitiskan air mata dalam sesi temu bual baru-baru ini adalah berlaku secara spontan.

    Àrtikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Macam Ni Sedap, Jangan Jerit Dah’

    Artikel Berkaitan: ‘Kehilangan Kawan Baik Dalam Perkahwinan Adalah Titik Terendah Dalam Hidup Saya’ – Diana Danielle

    Menangis tak bermakna rindu

    Ketika ditemui , pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson berkata bahawa titisan air matanya bukanlah lambang kerinduan atau keinginan untuk kembali ke masa lalu.

    Kata Diana, dia meluahkan banyak perkara dalam sesi temu bual itu tetapi ramai yang memfokuskan kepada topik titik terendah itu.

    Saya sendiri tidak jangka akan beremosi pada ketika itu tetapi ia berlaku secara spontan namun, itu tidak bermaksud saya mahu berpatah balik pada masa lalu saya.

    Ramai yang salah anggap fikir saya rindu dengan perkara lalu tetapi tidak. Saya sangat menantikan masa depan.

    Ia bukan satu topik yang menarik untuk dibualkan, bagi saya agak berat.

    Dalam pada itu, Diana turut memohon maaf kepada Farid sekiranya ia menimbulkan kesulitan kepada pihaknya.

    Saya sebenarnya tidak berniat untuk bercakap tentang mana-mana individu. Ia hanyalah sebuah kisah tentang kehidupan saya.

    Sudah tentu apabila ia berkaitan dengan kisah hidup saya daripada saya mula ceburi dalam industri sampai sekarang akan ada nama-nama orang yang disebut, bukan hanya bekas suami saya tetapi beberapa lagi individu.

    Saya cuba untuk tak terbitkan apa-apa perkara yang menimbulkan perasaan yang tidak bagus.

    The post [VIDEO] ‘Ramai Salah Anggap Saya Rindu Dengan Perkara Lalu, Tetapi Tidak’ – Diana Danielle first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  ‘Tak Pernah Menghakimi Orang Yang Tak Memasak Di Rumah’ – Intan Najuwa

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah