29.9 C
Kuala Lumpur
Friday, January 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suami Zizie Izette Meninggal Dunia Pada Usia 66 Tahun

    Shopee Sale

    Suami kepada pelakon, Zizie Izette iaitu Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Jumaat.

    Artikel Berkaitan: Zizie Izette Cantik Macam Anak Dara

    Bung Moktar meninggal dunia

    Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh Zizie atau nama lengkapnya Zizie Izette Abdul Samad, 47, menerusi sebuah hantaran di Instagram Story pada pagi Jumaat.

    Aktres itu memuat naik poster memaparkan foto hitam putih suaminya beserta ucapan salam takziah.

    Berita pemergian arwah turut disahkan oleh anaknya, Naim Kurniawan Moktar menerusi hantaran di Facebook.

    Assalamualaikum. Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kami, Moktar bin Radin, telah menghembuskan nafas terakhir pada 05 Disember 2026, jam 1.46 pagi (14 Jamadilakhir 1447H).

    Mohon semua mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah.

    Terdahulu, kesihatan arwah yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah dilaporkan kritikal ketika ditahan di sebuah pusat perubatan.

    MENARIK:  ‘Saya Tiada Masalah Untuk Ditemu Bual’ – Hael Husaini Nafi Lari Daripada Rakan Media

    Zizie sebelum ini menerusi sebuah perkongsian memohon orang ramai mendoakan kesembuhan suaminya.

    Sumber: Instagram

    The post Suami Zizie Izette Meninggal Dunia Pada Usia 66 Tahun first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah