Seorang suami berbelanja ribuan ribu ringgit demi membalas jasa dan pengorbanan isteri yang telah melahirkan dan membesarkan anak-anak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wany Hasrita Pujuk Hati Menahan Rindu, Hampir Empat Tahun PJJ Dengan Suami – ‘Setiap Kali Solat Saya Doa’
Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose Minta Para Suami Hargai Isteri – ‘Besar Pengorbanan Mereka Besarkan Anak Tanpa Pertolongan Sesiapa’
Demi isteri
Menerusi sebuah hantaran di Facebook, seorang lelaki yang dikenali sebagai Mod Yazid Ismail mendedahkan keseluruhan kos rawatan gigi isterinya.
Kos rawatan gigi kali ni RM26k. Mahal tapi saya sanggup bayar untuk kebaikan dia.
Menurut Yazid, isterinya memerlukan rawatan berikutan mengalami kerosakan gigi selepas hamil dan melahirkan tujuh orang anak.
Isteri saya Widyana Ali banyak berkorban mengandung dan menyusukan ketujuh-tujuh anak kami dengan susu badan sepenuhnya.
Tapi pengorbanan itu meninggalkan side effect pada dirinya. Ramai ibu-ibu yang yang menyusu mengalami masalah yang sama.
Kalsium banyak disalurkan ke anak, gusi bermasalah, giginya rapuh, akhirnya beberapa batang gigi geraham rosak dan terpaksa dicabut.
Geraham sangat penting untuk proses pencernaan makanan. Boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain jika makanan tidak dicerna dengan baik.
Gigi yang lebih sihat

Gambar sekadar hiasan
Foto: Detik News
Yazid memaklumkan dia tidak mahu isteri menunggu lama, justeru dia mengambil keputusan untuk membawanya ke klinik swasta.
Saya banyak buat research sebelum buat keputusan untuk implant. Walaupun kosnya bukan murah, RM26k hanya untuk 2 batang gigi, tapi demi untuk kebaikan dia, saya sanggup.
Boleh buat di hospital kerajaan dengan kos yang lebih murah RM4k sebatang. Tapi kena menunggu lama untuk sampai giliran kita.
Tambah Yazid lagi, kesihatan isteri adalah sebahagian daripada tanggungjawabnya sebagai suami selain yakin rezeki adalah kurnian Allah SWT.
Pada saya, tiada harga yang boleh dibandingkan dengan kesihatan dan senyuman seorang isteri.
Dia telah berkorban tubuh badannya demi anak-anak. Maka sudah jadi tanggungjawab saya untuk buat apa yang perlu untuk kebaikannya.
Setiap sen yang dikeluarkan, insyaAllah Allah ganti dengan keberkatan dalam keluarga kami.
Pada akhir hantaran tersebut, Yazid berkata proses implan gigi belum lagi selesai dan akan dilakukan pada Oktober akan datang.
Sumber: Mohd Yazid Ismail
The post Suami Sanggup Berhabis RM26k Demi Rawat Isteri – ‘Gigi Dia Rosak Kesan Menyusu 7 Orang Anak’ first appeared on OHBULAN!.





