27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Filem Blood Brothers: Bara Naga Terus Cipta Sejarah, Raih 21 Juta Kutipan!

    Shopee Sale



    Filem aksi epik Blood Brothers: Bara Naga terus mencetus fenomena apabila berjaya meraih kutipan pecah panggung RM21 juta selepas empat hari (setakat semalam) berada di pawagam seluruh Malaysia.

    21 juta kutipan!

    Ketika ditemui , penerbit dan pengarah Datuk Yusof Haslam, 71, yang mewakili anaknya, Syafiq Yusof berkongsi tentang berita gembira itu ketika sidang media pada malam Isnin.

    Saya ingin mengumumkan setakat semalam selepas empat hari tayangan filem termasuk dua hari tayangan premier, kita telah mengutip kutipan sebanyak 21 juta.

    Saya bersyukur kerana pencapaian ini lebih baik daripada filem Sheriff: Narko Integriti yang ditayangkan tahun lepas.

    Yusof berkata demikian ketika ditemui dalam mini sidang media filem Blood Brothers: Bara Naga di Balai Berita, bangsar hari ini.

    MENARIK:  Individu Mewakili Kaum India Mohon Maaf Insiden Pemandu Mabuk Langgar Penunggang Motor – ‘Jangan Sokong Yang Jelas Salah’

    Blood Brothers: Bara Naga telah ditayangkan di 170 pawagam sekali gus menjadikannya antara filem tempatan dengan capaian tayangan paling meluas dan menerima sambutan luar biasa.

    Blood Brother: Bara Naga dibintangi Sharnaaz Ahmad, Amelia Henderson, Syukri Yahaya, Syafiq Kyle, Zamarul Hisam, Wan Hanafi Su, Andy Teh dan ramai lagi.

    Bagi mereka yang belum menyaksikan filem tersebut boleh serbu pawagam yang berdekatan dengan anda dan saksikan sendiri filem epik yang mengubah landskap filem aksi tempatan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah