28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dr Zulkifli Titip Doa Tersentuh Lihat Aksi Kanak-Kanak Guna Straw Jadi Mikrofon, Berlakon Imam

    Shopee Sale

    Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri menitipkan doa secara terbuka terhadap seorang kanak-kanak selepas tersentuh melihat kesungguhan dan keazamannya untuk menjadi seorang imam.

    Artikel Berkaitan: Dr Zulkifli Mohamad Kongsi Dua Doa Yang Kerap Dibaca Nabi Muhammad SAW

    Artikel Berkaitan:  ‘Acara Yang Mengandungi Unsur Pergaulan Bebas Adalah Haram’ – Dr Zulkifli Mohamad

    Titip doa

    View on Threads

    Menerusi satu komen di Threads, Dr Zulkifli meluahkan rasa syukur dan berharap kanak-kanak lelaki itu menjadi bakal imam yang memberi manfaat kepada orang ramai.

    Alhamdulillah. Semoga Allah jadikan kamu imam yang membawa manusia dekat kepada-Nya.

    Dalam masa yang sama, Dr Zulkifli meninggalkan sepotong ayat yang dibacakan khas untuk kanak-kanak itu.

    اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ، وَاجْعَلْهُ إِمَامًا لِلْمُتَّقِينَ

    Ya Allah, fahamkanlah dia tentang agama, ajarkanlah dia ilmu yang benar, dan jadikanlah dia imam bagi orang-orang yang bertakwa.

    Sebelum ini, tular di media sosial satu hantaran seorang wanita yang memaparkan kesungguhan anaknya yang bercita-cita mahu menjadi imam apabila dewasa kelak.

    MENARIK:  Noorkhiriah Dapat Hadiah Kain Kafan Sempena Hari Lahir Dari Suami

    Kanak-kanak itu mencuri perhatian apabila meletakkan sebatang straw di tepi wajahnya sebagai mikrofon sambil berlakon menjadi imam yang mengingatkan jemaah agar merapatkan saf.

    Perkongsian itu kemudiannya mencuri perhatian ramai yang rata-ratanya gembira apabila hantaran itu turut mengundang reaksi daripada Dr Zulkifli.

    Reaksi netizen

    Sumber: Threads

    The post Dr Zulkifli Titip Doa Tersentuh Lihat Aksi Kanak-Kanak Guna Straw Jadi Mikrofon, Berlakon Imam first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah