27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suami Rahimah Rahim Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

    Shopee Sale



    Suami kepada penyanyi veteran, Rahimah Rahim iaitu Allahyarhan Juraimi Taib dilaporkan telah meninggal dunia pada Khamis lalu.

    Salam takziah

    Berita sedih pemergian Allahyarham dikongsikan oleh penyanyi yang berasal dari Singapura itu menerusi hantaran di Facebook (FB).

    Innalillahirojiun, Alfatihah buat insan yang berhati mulia dan disayangi, suami saya,Juraimi Taib (Remy).

    Saya dan keluarga merasa teramat sedih atas pemergian arwah pulang kerahmatullah pada hari khamis pagi 15 Mei 2025.

    Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 69 tahun namun punca kematian tidak dinyatakan.

    Kami sekeluarga juga mengucapkan ribuan terima kasih buat semua sahabat-sahabat dan keluarga yang telah banyak membantu saya, dalam mengendalikan jenazah arwah.

    Dalam hantaran tersebut, Rahimah turut memohon ampun dan maaf bagi pihak arwah atas segala kekhilafan yang mungkin pernah berlaku semasa hayatnya.

    Pihak kami jugak mohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan dan sekiranya ada sesiapa yg mengenali arwah dan sekira nya juga ada terdapat urusan yang masih tertunggak, yang belum sempat arwah lunaskan sila lah DM saya directly ya.

    Semoga Roh Allahyarham Juraimi Taib di tempatkan bersama orang-orang yang beriman dan bertaqwa dalam rahmat Allah SWT.

    Untuk rekod, Rahimah berkahwin dengan Juraimi yang pada 1994 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

    MENARIK:  Adat Memberi Duit Raya Dihadiahkan sebagai Sedekah dalam Islam

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah