33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sophia Albarakbah Sedia ‘Diikat’, Sasar Empat Tahun Dari Sekarang – ‘Saya Suka Yang Pemurah’

    Shopee Sale



    Pelakon Sophia Albarakbah tidak menolak jika dijodohkan dengan lelaki yang menepati ciri-ciri lelaki idamannya.

    Bersedia untuk kahwin

    Ketika ditemui , Sophia Albarakbah, 31, bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan menentukan pasangan hidupnya.

    Menurutnya, dia lebih rela berstatus ‘solo’ daripada menerima pilihan orang lain.

    Sekiranya tak jumpa jodoh waktu itu, saya tidak akan kahwin dengan jodoh pilihan orang lain termasuk keluarga.

    Sebab saya yang kena hidup dengan orang itu, jadi lebih baik saya pilih sendiri.

    Sophia berkata demikian ketika ditemui di Majlis Iftar Stars Powerhouse Entertainment di St. Giles Boulevard Hotel, baru-baru ini.

    Empat tahun akan datang

    Berkongsi lebih lanjut, pemilik nama Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman itu meletakkan empat tahun akan datang sebagai sasaran untuk mendirikan rumah tangga.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Kau Nak Apa Sebenarnya? Bila Kurus Kata Sakit, Bila Gemuk Kau Kutuk’ – Jasmin Hamid

    Buat masa sekarang, Sophia memilih untuk fokus pada kerjayanya.

    Kalau nak cakap sudah sedia hendak berkahwin atau tidak, saya rasa okay sahaja tapi bila saya pun tidak tahu.

    Saya sasarkan berkahwin paling lewat usia 36 tahun, tapi itu hanya rancangan saya sahaja.

    Tapi buat masa ini saya mahu fokus kerjaya dan cari duit sendiri.

    Dalam pada itu, Sophia sempat memaklumkan ciri-ciri lelaki idaman yang harus memiliki sifat pemurah.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah