26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sophia Albarakbah Percaya Siti Khadijah Kuat Hadapi Kecaman – ‘Netizen Komen Seolah Mereka Suci’

    Shopee Sale

    Pelakon, Sophia Albarakbah mendedahkan sahabat baiknya, Siti Khadijah Halim ada menghubunginya untuk meluahkan perasaan susulan kecaman yang diterima aktres itu di media sosial sejak kebelakangan ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sejujurnya Saya Dengan Amir Ahnaf Sekadar Berkawan’ – Siti Khadijah

    Artikel Berkaitan: ‘Jangan Terlalu ‘Shipping’ Kami, Nanti Kapal Tak Berlabuh Korang Juga Sedih’ – Siti Khadijah

    Kata-kata semangat

    Sophia, 33, berkata dia menasihati Siti supaya tidak terlalu memikirkan komen negatif sebaliknya memberikan sepenuh perhatian terhadap kerjaya.

    Dia ada juga mesej saya, cuma sekarang dia di Jepun. Saya ada titip pesanan agar jangan baca komen. Sekarang ini dia cuma perlu fokus pada kerja dia saja.

    Saya faham sebab saya pun pernah berada dalam situasi dikecam, malah sekarang pun masih dikecam. Tapi kecaman buat saya lebih kuat. Jadi saya percaya perkara ini juga akan buat Siti lebih kuat untuk masa depan dia.

    Sophia berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Bayangan Dendam terbitan Viu yang berlangsung di Bukit Jalil pada Selasa.

    Bercerita lanjut, Sophia menyifatkan Siti sebagai seorang sahabat yang baik dan sentiasa menceriakan orang di sekelilingnya.

    Justeru, dia berharap aktres itu terus tabah menghadapi kecaman selain mengingatkannya supaya menghargai individu yang sentiasa memberikan sokongan.

    Abaikan saja para haters. Lumrah kita sebagai artis, orang akan bercakap fasal kita, sama ada baik atau jahat. Saya harap dia kuat. Saya kenal Siti secara peribadi, dia seorang yang sangat baik dan sangat ceria.

    Waktu saya dalam kesusahan dan waktu saya down, dia sentiasa ada untuk saya. Dia selalu bagi kata-kata semangat dan naikkan semangat saya. Jadi saya pun mahu buat benda yang sama untuk dia. Orang yang kenal dia akan tahu dia macam mana. Fokuslah pada orang yang sayangkan kita.

    Dalam pada itu, Sophia turut mengingatkan pengguna media sosial supaya lebih berhati-hati ketika menulis komen agar tidak menyakiti hati orang lain. Menurutnya, golongan selebriti juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

    Kita artis pun manusia juga, memang melakukan kesalahan. Semua orang ada buat salah. Tetapi ada segelintir netizen yang memberi komen rasa seolah-olah mereka itu terlalu suci.

    Saya rasa netizen yang memberi komen negatif itu patut muhasabah diri balik. Mereka sendiri pun pernah buat benda tak elok atau ada masa lampau yang tak indah. Yang penting kita nak perbaiki diri.

    Jadi saya harap netizen janganlah suka-suka hati mengajak orang ramai untuk memburukkan seseorang. Kalau tak suka artis pun, tak perlu bercakap yang tak elok. Bagilah nasihat yang baik. Kalau tak ada nasihat baik, simpan saja untuk diri sendiri.

    Selain Sophia, drama Bayangan Dendam 12 episod itu turut menampilkan Nadhir Nasar, Erysha Emyra, Yusuf Bahrin, Emelda Rosemila, Mia Nasir dan ramai lagi.

    MENARIK:  [VIDEO] Mr. E Ingin Segera Sunting Erra Fazira Sebagai Isteri – ‘Benda Yang Baik Kena Cepatkan’

    The post Sophia Albarakbah Percaya Siti Khadijah Kuat Hadapi Kecaman – ‘Netizen Komen Seolah Mereka Suci’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah