Bekas anggota Big Bang, Seungri bakal bersama isteri bakal menimang cahaya mata pertama pada awal tahun hadapan.
Artikel Berkaitan: Terpalit Kes Pelacuran, Seungri Berdepan Hukuman Penjara 5 Tahun & Denda Hampir RM74k
Seungri bakal timang anak pertama?

Seungri dilaporkan telah berkahwin secara senyap dengan seorang wanita bukan selebriti berusia lingkungan 20-an tanpa mengumumkan perkahwinan mereka kepada umum. Pasangan ini mendaftarkan perkahwinan secara sah namun mereka tidak merancang untuk mengadakan sebarang majlis .
Seungri dan isterinya juga difahamkan sudah menyediakan rumah di Gangnam, Seoul, Korea Selatan, sebagai persediaan menyambut kelahiran anak pertama mereka.
Untuk rekod, Seungri memulakan kerjaya bersama Big Bang pada 2006. Kumpulan itu meraih populariti antarabangsa menerusi lagu popular seperti Fantastic Baby, Lies, Haru Haru dan Sunset Glow.
Bagaimanapun, kerjaya seninya terjejas selepas namanya dikaitkan dengan skandal Burning Sun pada 2019.
Seungri dijatuhi hukuman penjara selama satu tahun enam bulan selepas didapati bersalah atas sembilan pertuduhan, termasuk menyediakan khidmat pelacuran, perjudian haram, pecah amanah dan pelanggaran undang-undang berkaitan pertukaran mata wang asing.
Dia dibebaskan pada Februari 2023 selepas selesai menjalani hukuman penjara.
Selepas dibebaskan, Seungri beberapa kali dilihat berada di negara Asia Tenggara. Dia turut menerima kecaman selepas membuat kenyataan mahu membawa G-Dragon ke sebuah kelab ketika menghadiri acara di Kemboja.
Pada Ogos 2026, Seungri dilaporkan berdepan dakwaan menyerang dan mengugut seorang lelaki di sebuah restoran di Gangnam, Seoul, Korea Selatan.
Bagaimanapun, Seungri menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa lelaki berkenaan berada dalam keadaan mabuk sebelum menghampiri meja dan berkeras mahu menyertai mereka.
Menurut Seungri, lelaki tersebut enggan beredar walaupun telah beberapa kali diminta berbuat demikian. Dia kemudian mengambil sebotol minuman beralkohol, namun menegaskan tidak menghayunkan botol itu atau mengugut lelaki berkenaan.
Sumber: The Chosun Daily
The post Kahwin Secara Rahsia, Seungri Bakal Timang Anak Pertama first appeared on OHBULAN!.





