Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki membunuh isteri sirinya dan anak wanita itu yang berusia empat tahun di Madiun, Jawa Timur, Indonesia.
Artikel Berkaitan: Kes Bunuh Irene Sofiya, Rakan Sekelas Didakwa Hari Ini
Artikel Berkaitan: Setahun Hilang, Jumpa Semula Tinggal Rangka…Gadis 18 Tahun Dipercayai Dibunuh
Bunuh, kisar mayat isteri & anak

Suspek, Dwi Bagus Martono dipercayai mencekik kedua-dua mangsa sebelum membakar dan mengisar jasad mereka menggunakan mesin pengisar daging bagi menghapuskan bukti.
Menurut polis, kejadian dipercayai berpunca daripada pertengkaran antara suspek dengan Dini Hardiyanti, 30, yang cemburu terhadap isteri sah lelaki berkenaan.
Ketua Unit Jatanras Polis Jawa Timur, AKBP Arbaridi Jumhur berkata, kejadian bermula pada 19 September lalu apabila suspek mengajak Dini dan anaknya bercuti ke Telaga Sarangan di Magetan.
Bagaimanapun, rancangan itu dibatalkan apabila suspek memilih untuk menjemput isteri sahnya di stesen kereta api.
Suspek kemudian menempatkan kedua-dua mangsa di sebuah hotel di Kota Madiun dan pada 20 September, mereka dipercayai bertengkar sebelum lelaki itu mencekik wanita berkenaan sehingga meninggal dunia.
Suspek kemudian membawa jasad Dini bersama anaknya menggunakan kereta Mitsubishi Pajero ke rumah ibu bapanya. Di lokasi berkenaan, suspek dipercayai membunuh kanak-kanak itu di dalam sebuah lagi keretanya, Suzuki Karimun. Selepas membunuh kedua-dua mangsa, suspek membawa jasad mereka ke rumahnya di Kota Madiun.
Polis mendapati suspek dipercayai membakar jasad mangsa di belakang rumah sebelum menghancurkannya menggunakan mesin pengisar daging.
Suspek kemudian membakar sisa jasad berkenaan sekali lagi dan merancang untuk membuangnya ke laut bagi menghapuskan bukti.
Keluarga Dini bersama suspek sebelum itu membuat laporan kehilangan wanita berkenaan dan anaknya pada 5 Oktober lalu selepas gagal menghubungi mereka.
Bagaimanapun, siasatan lanjut membawa kepada penemuan lima serpihan tulang berhampiran rumah suspek. Polis kemudian menahan suspek di tempat persembunyiannya di Kabupaten Jombang pada 25 Oktober lalu.
Sumber: CNN Indonesia
The post Suami B*kar Isteri & Anak, K*sar Mayat Guna Mesin Peng*sar Daging first appeared on OHBULAN!.





