27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Mr. E Ingin Segera Sunting Erra Fazira Sebagai Isteri – ‘Benda Yang Baik Kena Cepatkan’

    Shopee Sale



    Pengusaha Kueh Cafe, Ezwan Zain yang menjalinkan hubungan rapat bersama primadona filem Malaysia, Erra Fazira meluahkan keinginannya untuk menyegerakan perkahwinan.

    Kesungguhan Mr. E

    Ketika ditemui , Ezwan yang turut dikenali sebagai Mr. E berkata, mereka berdua mempunyai matlamat hidup yang sama.

    Benda yang baik kalau boleh kena cepatkan..tahun ini atau tahun depan.

    Saya dan Erra, kami kongsi visi dan misi yang sama. Jadi kami mahu menuju pengakhiran yang baik dan imbangi dunia akhirat.

    Menurut Ezwan, dia tidak mahu menjalinkan hubungan tanpa tujuan, justeru perbincangan antara kedua-dua pihak mengenai fasa seterusnya telah pun dilakukan.

    Kami lalui hubungan ini tanpa tekanan. Dalam fasa berkenalan ini, kami hanya chil chill sahaja tetapi kita go with the flow.

    Namun semuanya kena ada perancangan, takkan nak biar tergantung begitu sahaja?

    Ezwan berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran Mind Order yang diadakan di Kueh Cafe, Petaling Jaya pada Ahad.

    Ada perancangan

    Dalam pada itu, Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek, 51, turut menyambut baik hasrat Ezwan dan memohon doa agar perhubungan mereka berakhir dengan ikatan suci.

    Doakan semuanya okay dan berjalan baik, kita harapkan secepat yang mungkin. Tetapi bila akan berlangsung, sama ada tahun ini atau tahun hadapan itu saya tak tahu.

    Kami ada perancangan (berkahwin) tetapi tidak mahu memberi tekanan.

    Sementara itu, pelakon filem Sembilu tersebut mengakui sempat merasa selesa dengan status dirinya.

    Tidaklah berasa sangsi untuk berkahwin namun apabila sudah terlalu lama solo kita akan rasa selesa sendiri.

    Tetapi apabila saya fikirkan semula, takkanlah hanya nak rasa seronok di dunia sahaja dan itu adalah fitrah manusia.

    Terdahulu, Erra mengaku sedang mengenal hati budi Mr. E dan meminta semua pihak memberi ruang, malah mereka kini dilihat lebih terbuka memaparkan keserasian di media sosial.

    MENARIK:  [VIDEO] Nasha Aziz Bantu Warga Emas Kutip Barang Terpakai Buat Netizen Terharu – ‘Kecantikannya Sama Cantik Dengan Budi Pekerti’

    Difahamkan pasangan ini mula menjalinkan hubungan sejak Ogos tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah