26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Silent Treatment: Dari Tegangan Ke Konflik Besar, Hubungan Suami Isteri Terjejas

    Shopee Sale

    Dalam konflik rumah tangga, silent treatment sering dijadikan pilihan apabila berlaku pertengkaran antara suami dan isteri, namun sikap mendiamkan diri ini kerap disalah anggap sebagai cara untuk menenangkan keadaan.

    Artikel Berkaitan: Bukan Sekadar Perasaan, Ini Petanda Ada ‘Penghuni’ Lain Dalam Rumah Anda

    Artikel Berkaitan: Mak-Mak Dilema Anak Menangis Waktu Solat Tapi Boleh Ke Berhenti Separuh Jalan? Ini Penjelasannya

    Pasangan rasa keliru

    Silent treatment dalam hubungan suami isteri boleh mencetuskan emosi negatif seperti rasa terpinggir, keliru, dan tidak dihargai. Jika berlarutan, ia bukan sahaja gagal menyelesaikan masalah, malah menjejaskan kestabilan emosi dan keharmonian perkahwinan.

    Apabila menjadi pilihan utama semasa bergaduh, komunikasi lumpuh kerana tiada ruang untuk berbincang, memahami punca konflik, atau mencari penyelesaian.

    Masalah lama tersimpan sebagai beban emosi dan sering muncul semula dalam pertengkaran lain, menjadikan hubungan sukar pulih sepenuhnya.

    Sikap berdiam diri juga boleh meruntuhkan kepercayaan dan keintiman, kerana pasangan berasa diabaikan dan tidak dipedulikan.

    MENARIK:  Cadbury Bantu Kumpulan Home Bakers PPR Jana Pendapatan, Sumbang Kuih Raya Untuk Golongan Memerlukan!

    Mangsa silent treatment sering mengalami tekanan dalaman, rasa rendah diri, keresahan berpanjangan, serta keletihan emosi akibat tiada komunikasi jelas untuk meredakan konflik.

    Masalah akan jadi lebih teruk

    Selain itu, diam berpanjangan boleh mencipta suasana tegang dalam rumah tangga, di mana rasa bersalah dan tidak tenang menyelubungi pasangan seolah sentiasa berjaga-jaga. Ketegangan yang terpendam berisiko meletus menjadi konflik lebih besar dan sukar dikawal.

    Dalam jangka panjang, silent treatment membentuk corak komunikasi tidak sihat, dialog terbuka dielakkan, manakala diam digunakan untuk menghukum atau mengawal emosi pasangan. Dalam sesetengah kes, ia juga boleh menjadi bentuk manipulasi emosi yang merosakkan keseimbangan kuasa dalam perkahwinan.

    Walaupun kadang-kadang berpunca daripada tekanan atau kesukaran meluahkan perasaan, diam berterusan sering dipacu oleh ego dan keengganan untuk berlapang dada.

    Sumber: Sirap Limau

    The post Silent Treatment: Dari Tegangan Ke Konflik Besar, Hubungan Suami Isteri Terjejas first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah