25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cadbury Bantu Kumpulan Home Bakers PPR Jana Pendapatan, Sumbang Kuih Raya Untuk Golongan Memerlukan!

    Shopee Sale



    Bila sebut je Cadbury, mesti ramai terbayang coklat ikonik yang jadi kegemaran rakyat Malaysia sejak turun-temurun. Tapi tahukah korang, selain menghasilkan coklat yang digemari ramai, Cadbury juga aktif menjalankan program CSR untuk membantu golongan yang memerlukan?

    Tahun ini, Cadbury kembali dengan inisiatif Kuih Raya Dari Hati 2025 yang bukan sahaja menyebarkan keceriaan Aidilfitri, tapi turut memberi peluang kepada pembuat kuih wanita dari PPR menjana pendapatan!

    Kuih Raya Dari Hati 2025: Lebih banyak kuih, lebih ramai dapat merasa

    Dahulu diperkenalkan pada 2021 ketika pandemik untuk membantu peniaga kecil, kini Kuih Raya Dari Hati telah menjadi program tahunan Cadbury Dairy Milk untuk menyemarakkan Ramadan dan Hari Raya dengan semangat kemurahan hati.

    Tahun lalu, program ini mencipta rekod Malaysia Book of Records apabila 150,000 tart coklat Cadbury berjaya dihasilkan oleh wanita dari komuniti PPR dan diedarkan kepada lebih 30 rumah kebajikan serta golongan kurang berkemampuan.

    Tahun ini, Cadbury mensasarkan 454,400 tart Cadbury—lebih tiga kali ganda dari tahun sebelumnya! Sebahagian kuih raya ini akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia dengan setiap pembelian Cadbury, manakala sebahagian lagi akan disalurkan ke program kebajikan seperti Titipan Kasih Harian Metro.

    Kerjasama dengan MyKasih, bantu jana pendapatan

    Sejak Mac 2024, syarikat induk Cadbury, Mondelez International (Malaysia), bekerjasama dengan Yayasan MyKasih melalui inisiatif #MDLZPrihatin yang bertujuan memberikan bantuan bersasar, termasuk sumbangan makanan dan pemerkasaan wanita.

    Tahun ini, 25 wanita dari PPR Seri Pantai dan Lembah Subang diberikan peluang untuk menghasilkan tart Cadbury sekaligus membantu mereka menjana pendapatan. Selain itu, kerjasama dengan MyKasih juga merangkumi program kebajikan untuk, Deepavali dan perayaan hujung tahun dengan matlamat membantu lebih ramai wanita meningkatkan kemahiran sambil menyumbang kepada komuniti.

    MENARIK:  Bukan Sekadar Panda, Ini Sebab Chengdu Semakin Jadi Pilihan Pengembara Malaysia

    Salah seorang peserta, Pn. Sharzi, kembali menyertai program ini setelah kejayaannya tahun lalu.

    Niat utamanya adalah untuk  membawa keceriaan kepada lebih ramai orang dengan kuih raya buatan sendiri. Ditambah pula dengan sokongan daripada rakan-rakan seperjuangan serta kejayaan Malaysia Book of Records tahun lepas, membuatkan beliau terus bersemangat.

    Pn. Sharzi juga berkongsi impiannya untuk membuka kafe sendiri, meneruskan cita-cita bersama arwah kakaknya. Selain itu, beliau berharap agar lebih ramai wanita dapat menyertai program ini, berkongsi ilmu, membina keyakinan, dan menjana rezeki untuk menyara keluarga.

    Kolaborasi Cadbury bersama Harian Metro bantu lebih ramai golongan kurang berkemampuan

    Tahun ini, Cadbury turut bekerjasama dengan Harian Metro menerusi Titipan Kasih Harian Metro, sebuah program kebajikan akan mengagihkan 150 balang kuih raya hasil air tangan pembuat kuih wanita MyKasih bersama Kotak Rezeki kepada 150 keluarga menjelang Aidilfitri.

    Menurut Cadbury, kerjasama ini dilakukan kerana Titipan Kasih mempunyai reputasi yang kukuh dan akses kepada kumpulan sasaran yang tepat, sekaligus memastikan sumbangan mereka sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

    Harapan Cadbury, kongsi kebaikan, sebarkan kebahagiaan

    Sebagai jenama coklat halal kegemaran rakyat Malaysia sejak lebih 75 tahun, Cadbury percaya bahawa setiap kebaikan, tak kiralah kecil atau besar, mampu membawa perubahan.

    “Kami berharap sumbangan ini, walaupun sederhana, akan memberi impak besar kepada komuniti yang memerlukan. Semoga ia juga menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyebarkan sifat pemurah dan berkongsi rezeki.”

    Buat korang yang nak sama-sama menyokong usaha ini, bolehlah dapatkan produk Cadbury tahun ini dan menikmati kuih raya hasil air tangan wanita hebat di sebalik program Kuih Raya Dari Hati. Jom kita sebarkan kebaikan bersama Cadbury!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah