24.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Tak Bujang & Bukan Duda..Kalau Jodoh Saya Tak Panjang, Semua Orang Akan Tahu’ – Nafiz Muaz

    Shopee Sale

    Pelakon Nafiz Muaz tampil memberi penjelasan berhubung spekulasi mengenai status rumah tangganya yang menjadi perbualan dalam kalangan pengguna media sosial sejak kebelakangan ini.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Masih Seorang Suami & Ayah’ – Nafiz Muaz Nafi Rumah Tangga Bermasalah, Pantun Curang Hanya Konten

    Artikel Berkaitan: Pantun Nafiz Muaz Curi Perhatian – ‘Dia Sendiri Yang Curang, Lepas Itu Acah Tersakiti’

    Nafiz Muaz respon isu rumah tangga

    Ketika ditemui , pemilik nama Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir, 28, menegaskan bahawa dirinya bukan lagi bujang dan bukan juga seorang duda seperti yang didakwa sesetengah pihak.

    Ada sahaja yang cakap saya bujang, duda pun ada. Sebenarnya saya tak bujang dan saya belum duda lagi. Kalau boleh jangan mendoakan ke arah itu. Kalau saya duda pun semua orang akan tahu.

    Mengulas lanjut, Nafiz berkata, dia sememangnya memilih untuk tidak berkongsi mengenai kehidupan peribadi termasuk rumah tangga dan keluarganya kepada umum.

    Sebenarnya dari awal saya berkahwin, ada hubungan ataupun saya ada anak, memang saya tak kongsikan di media. Saya cuba jaga privasi sebab benda ini kehidupan peribadi saya.

    Saya rasa macam orang tak patut tahu perkara melibatkan keluarga saya.

    Nafiz berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi drama Doa Yang Terlindung 2 di Balai Berita, Bangsar pada Rabu.

    Nafiz Muaz enggan kongsi hal peribadi

    Menurut pelakon drama Yes Captain Aaryan ini lagi, pendirian itu dibuat bagi memastikan urusan peribadi kekal menjadi privasi selain mengelakkan perkara tersebut memberi kesan terhadap kerjayanya.

    Saya cakap dengan wife saya, kerja saya tak ada kaitan dengan kehidupan kita. Kerja saya adalah kerja saya.

    Saya tak nak orang kenal anak saya dan saya tak nak orang tahu pun macam mana rumah tangga saya. Okey ke tak okey, itu saya sahaja yang tahu.

    Masa saya bahagia pun saya tak pernah kongsi dan kalau saya ada masalah pun saya tak akan kongsi. Sebab saya tak nak benda itu beri kesan kepada kerjaya saya sebagai seorang pelakon.

    Dalam pada itu, Nafiz mengakui sikapnya yang jarang berkongsi perkembangan peribadi di media sosial mungkin menjadi punca timbul pelbagai andaian mengenai status rumah tangganya.

    MENARIK:  Atilia Haron Jelaskan Isu Threads, Hubungan Dengan Penyanyi Terkait Kekal Baik – ‘Ia Tidak Merujuk Kepada Sesiapa’

    Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai spekulasi yang mengatakan rumah tangganya sedang berdepan masalah, Nafiz memilih untuk tidak memberikan sebarang penjelasan lanjut.

    Keep it private. Saya rasa disebabkan saya tak update apa-apa langsung, mungkin gambar raya pun tak ada, gambar apa-apa pun tak ada. Jadi mungkin disebabkan itu macam-macam andaian orang buat.

    Tapi tak semestinya kalau kita raya sekali kita nak kena post gambar sekali. Kadangkala benda itu personal life. Baju raya warna apa semua, saya tak post pun. Jadi saya sendiri pun tak post, apatah lagi keluarga.

    Kalau lah jodoh saya tak panjang, semua orang akan tahu. Mana-mana yang buat spekulasi yang mengatakan saya itu ini, saya tak nak cakap lebih. Korang tunggu dan lihat sahajalah.

    Untuk rekod, Nafiz mendirikan rumah tangga bersama adinda kepada Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah iaitu Diyana Omar pada 2 Januari 2021 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

    The post [VIDEO] ‘Saya Tak Bujang & Bukan Duda..Kalau Jodoh Saya Tak Panjang, Semua Orang Akan Tahu’ – Nafiz Muaz first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah