28.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sharifah Zarina Rasa Janggal Beraya Di KL, Mahu Jimat Kos Untuk Tunai Haji – ‘Raya Setiap Tahun Ada, Tapi Haji Saya Rasa Inilah Peluangnya’

    Shopee Sale



    Penyanyi Sharifah Zarina tidak membuat sebarang persiapan raya untuk tahun ini bagi memberi ruang pada persediaan untuk menunaikan ibadah Haji.

    Tahun ini berbeza

    Ketika ditemui Ohbulan!, Zarina atau nama lengkapnya Sharifah Zarina Wan Hassan akui terasa janggal apabila tidak pulang ke kampung halaman di Sarawak.

    Bagaimanapun, Zarina bersyukur apabila mendapat jemputan sebagai tetamu Allah.

    Tahun ini, tiada persiapan.

    Sebenarnya, rasa sangat pelik. Sebab setiap tahun, kami tak pernah tak balik kampung.

    Ini kerana saya sedang membuat persiapan untuk pergi haji.

    Saya cakap dekat anak-anak, raya akan datang setiap tahun, tapi untuk ibadah haji, inilah peluangnya.

    Menurut pelantun lagu ‘Langit Ke Tujuh’ itu, dia bakal berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah Haji bersama suaminya pada bulan Mei.

    MENARIK:  Vivy Yusof Tunggu Masa Sesuai Untuk Cerita Fasal FashionValet – ‘Banyak Yang Saya Ingin Katakan’

    Zarina berkata demikian ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa & Sidang Media Pelancaran Lagu ‘Oohaa Raya’ di Aeon Mall Shah Alam, pada Isnin.

    Athalia beri ruang pada ibu

    Dalam pada itu, anak kepada penyanyi berusia 43 tahun iaitu Athalia Deena Buswani akui sedih dengan sambutan raya tahun ini.

    Walau bagaimanapun, Athalia memahami kos yang perlu dibiayai oleh ibu bapanya untuk pulang ke Sarawak.

    Saya sedih sebab selalunya dah fikir untuk balik Sarawak.

    Tapi tidak mengapa, kita utamakan dulu apa yang Mama mahukan.

    Dan bila fikir balik, saya memahami keputusan mama dan ayah. Kos untuk balik Sarawak sangat mahal.

    Jadi, lebih baik mereka jimat untuk persiapan haji.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah