34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sharifah Zarina Dakwa Anak Diganggu Suami Orang – ‘Jangan Nanti Kantoi Dengan Isteri Awak..Selebriti Terkenal Tu’

    Shopee Sale

    Penyanyi Sharifah Zarina meluahkan rasa berang apabila anaknya, Athalia Deena Buswani didakwa telah diganggu oleh lelaki berstatus suami orang.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharifah Zarina Seperti Sedang Bertawaf, Khayal Kesan Ubat Bius – ‘Hati Dekat Dengan Allah’

    Artikel Berkaitan: ‘Dia Cakap Baik M*ti Dalam Jamban’ – Athalia Diserang Anxiety, Terkesan Dengan Komen Jahat Netizen

    Suami selebriti?

    Menerusi perkongsian terkini di Threads, pemilik nama Sharifah Zarina Wan Hassan itu mendakwa lelaki tersebut sering menghantar mesej kepada Athalia menerusi media sosial dan mengajaknya keluar.

    Lebih mengejutkan, lelaki tersebut didakwa suami kepada seorang selebriti terkenal.

    Kesal dengan perbuatan melampaui batas itu, Zarina turut menggesa lelaki terbabit untuk tidak lagi menganggu Athalia.

    Tak suka media sosial dicemari macam ini. Tapi ini salah satu jalan terbaik untuk hentikan tanpa sakitkan hati sesiapa kecuali yang berkenaan.

    Minta tolong sangat-sangat suami orang ini untuk berhenti ganggua Athalia. Dari balas-balas di Instagram Story konon tanya khabar.

    Last-last ajak keluar berdua saja tanpa anak dan isteri dia. Allahuakbar, berani sungguh! Jangan nanti kantoi dengan bini awak yang juga selebriti terkenal tu, lepas tu awak kata anak saya pula yang menggatal.

    Lelaki yang baik

    Zarina turut meluahkan rasa kecewa dengan lelaki tersebut kerana sikapnya terhadap Athalia sedangkan sepanjang mengenalinya dia ialah seorang individu yang baik.

    Saya tulis ini sebab saya tahu ini akan sampai dekat awak. Boleh kalau nak mesej awak atau isteri awak tapi tak sampai hati nak rosakkan rumah tangga awak.

    Takut juga nanti akhirnya yang berbaik awak berdua yang jahatnya kami.

    Saya akui sepanjang mengenali awak, awak memang baik sangat orangnya tapi sebagai seorang suami perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku.

    Bersyukurlah dengan keluarga yang awak ada sekarang.

    Mereka orang hebat dan taste Athalia bukan macam awak.

    Sumber: Threads Sharifah Zarina

    MENARIK:  Fazura Segera Maafkan Lan Pet Pet – ‘Mencapai Redha Allah SWT Adalah Lebih Utama’

    The post Sharifah Zarina Dakwa Anak Diganggu Suami Orang – ‘Jangan Nanti Kantoi Dengan Isteri Awak..Selebriti Terkenal Tu’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah