34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Allah Tunjuk Keluasan Pusaranya Sebagai Tanda Kemuliaan’

    Shopee Sale

    Pempengaruh dan usahawan, Ridzuan Okumura tampil menjawab persoalan seorang pengguna media sosial yang bertanyakan mengenai kekosongan lot kubur bersebelahan pusara arwah isterinya, Akiko Okumura.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ridzokumura Kongsi Arwah Akiko Simpan Rapi Duit Raya Anak Sejak Umur Setahun – ‘Nanti Sky Boleh Tunaikan Haji’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Iqram Dinzly Sifatkan Arwah Akiko Seorang Wanita Sopan, Minta Orang Ramai Henti Cetus Spekulasi – ‘Jangan Sibuk Buat Kerja Tuhan’

    Lot sebelah kosong

    Menerusi hantaran di TikTok, Ridzuan atau mesra disapa Ridz berkata, lot yang kosong itu tidak boleh digali disebabkan terdapat batu besar di dalam tanah.

    Rezeki arwah Akiko. Kawasan sebelah itu memang dibiarkan lapang kerana tidak boleh digali, ada batu besar dalam tanah tersebut. Itu adalah ketentuan Allah.

    Arwah seorang yang sangat baik, tidak pernah ada musuh dengan sesiapa atau berdosa sesama manusia. Allah tunjuk keluasan pusaranya sebagai tanda kemuliaan.

    Menerusi perkongsian sama, Ridz turut memuji keperibadian arwah isteri tercinta yang sentiasa taat kepadanya.

    Arwah seorang isteri yang sangat taat kepada suami dan anak. Hidupnya sederhana, tidak ramai kawan, hanya ada saya, Sky, dan ibu mertua.

    Hanya Allah yang tahu betapa hebatnya insan yang bernama Akiko Okumura. Al-Fatihah

    Terdahulu, Akiko dilaporkan maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16 Subang Jaya.

    MENARIK:  ‘Paru-Paru Suami Sudah Rosak & Alami Radang Serta Jangkitan Kuman’ – Isteri Kamal Bakar

    Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kerana tiada sebarang unsur jenayah ditemui setakat ini, namun polis akan membuat siasatan secara keseluruhan termasuk dari sudut kriminologi.

    Sumber: TikTok

    The post ‘Allah Tunjuk Keluasan Pusaranya Sebagai Tanda Kemuliaan’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah