Pelakon Nurel Baharin, selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Esmeer Mansor pada 8.00 pagi Sabtu.
Artikel Berkaitan: Nurel Baharin Kahwin Minggu Hadapan – ‘Kesungguhan Yang Ditunjukkan Buat Saya Yakin Dengan Dia’
Artikel Berkaitan: Selesai Majlis Merisik, Nurel Baharin Bakal Tamatkan Zaman Bujang Di Usia 24 Tahun
Sah menjadi isteri

Nurel atau nama lengkapnya, Nurelyana Baharin sah menjadi suri di hati Esmeer Mansor dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis ijab kabul dan menerima mas kahwin berupa wang tunai sebanyak RM300.
Aktres berusia 24 tahun itu meluahkan rasa syukur apabila hari bahagianya yang bertemakan English Wedding tersebut dapat berjalan dengan lancar dan penuh keberkatan.
Dari minggu lalu Nurel rasa gementar, dengan majlis lagi, dengan kawan-kawan dan keluarga dari semenanjung nak datang, semua itu Nurel risau dan fikir sama ada mereka okey atau tidak.
Alhamdulillah, selepas nikah tadi, Nurel dapat jumpa semua dan majlis pun berjalan dengan lancar.
Dalam masa yang sama, Naurel juga menyifatkan Esmeer sebagai seorang lelaki yang matang dan akan sentiasa menyokong kerjayanya walaupun mereka sudah berumah tangga.
Esmeer tunjuk penuh effort untuk ‘sah’ kan saya sebagai seorang isteri.
Dia tak teragak untuk jumpa keluarga dan terus plan everything lepas keluarga saya bagi ‘greenlight’.
Saya bersyukur sekarang saya sudah menjadi seorang isteri dan paling excited, nak adapt new life sebagai seorang isteri dan pelakon pada masa yang sama.
Esmeer pun tak pernah halang saya dari terus berkarya dan menjadi seorang pelakon. InsyaAllah, saya sentiasa percaya pada rezeki Allah dan rezeki selepas berkahwin.
Pasangan mempelai itu dilihat segak dengan sepersalinan busana penggantin berona putih yang ditaja penuh oleh ‘HeetamPuteh’ dan ‘Sejiwa’ by The Gown Atelier’.
Majlis akad nikah yang berlangsung di Kelab Golf Sarawak itu turut disaksikan oleh kedua-dua belah keluarga mempelai serta kenalan rapat mereka antaranya, Zarif Ghazzi, Aizat Saha, Farees Asri, Aniq Suhair, Fimie Don dan ramai lagi.
Terdahulu, juara Dewi Remaja 2023 tersebut mendedahkan tempoh perkenalannya dengan suami tidak sampai setahun sebelum mereka mengambil keputusan untuk melangkah ke fasa seterusnya.
Nurel berkata, keyakinannya menerima lamaran lelaki itu hadir selepas melihat kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan untuk membina masa depan bersama.
Untuk info, Nurel mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan tersebut pada 15 November tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup di kampung halamannya di Kuching, Sarawak.
Dalam perkembangan lain, Nurel akan muncul dalam filem “Kacau” yang bakal ditayangkan pada akhir tahun ini.
The post Nurel Baharin Selamat Diijab Kabul Dengan Pilihan Hati – ‘Esmeer Tunjuk Effort Untuk Jadikan Saya Isteri’ first appeared on OHBULAN!.





