30.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shahida Nafi Aliff Syukri Berkawan Baik Dengan Rebecca – ‘Maaf, Suami Saya Tak Pernah Bersahabat Dengan Dia’

    Shopee Sale



    Usahawan, Datin Seri Shahida menepis dakwaan segelintir warganet yang mendakwa suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri menjalinkan persahabatan rapat dengan pelakon Rebecca Nur Al-Islam.

    ‘Harap hentikan cerita-cerita tidak berasas’

    Spekulasi tersebut timbul selepas seorang pengguna media sosial meninggalkan komen bahawa Aliff Syukri kelihatan ‘tenang’ apabila tercetus isu melibatkan keluarganya dengan Rebecca kerana didakwa dia dan aktres itu berkawan sejak era peragaan model dahulu.

    Komen netizen: Korang perasan tak, Datuk Aliff macam tenang je pasal hal ni, tak berapa nak melenting sangat, sebab apa? Sebab Rebecca ni kawan baik dia masa diorang jadi model dulu, jadi mungkin tak nak merosakkan hubungan, Datuk Aliff ambil pendekatan untuk tenang-tenang je, netizen yang beria kan?

    Bagaimanapun, Shahida yang juga menantu kepada usahawan, Bonda Rozita Ibrahim menolak dakwaan kononnya suaminya itu berkawan baik dengan Rebecca selain menyifatkannya sebagai cerita tidak berasas.

    Komen Shahida: Maaf saya nak jelaskan suami saya tak pernah berkawan atau bersahabat baik dengan dia. Harap hentikan cerita-cerita tidak berasas.

    Terdahulu, konflik antara keluarga Rozita Ibrahim dan pelakon Rebecca Nur Al-Islam memuncak apabila menantu Rozita, Datin Seri Shahida, meluahkan ketidakpuasan hati terhadap sikap pelakon itu yang didakwa berlebih-lebih tentang perkahwinan Bonda Rozita.

    MENARIK:  Beego Terkejut Dengar ‘Statement’ Linda Hashim, Nafi Terima Notis Dari Peguam – ‘Tidak Ada Pemberitahuan’

    Isu semakin hangat selepas timbul tuduhan bahawa Rebecca menerima RM1.5 juta daripada usahawan terkenal itu. Rebecca bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah