29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Saiful Nizam Anggap Satu Penghormatan Besar Kendalikan Majlis Perkahwinan Raja Muda Selangor – ‘Amanah Penuh Tradisi & Istimewa’ 

    Shopee Sale

    Bekas penyampai berita TV3, Saiful Nizam Ismail baru-baru ini diberi peluang untuk mengacarakan tiga majlis utama perkahwinan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama pasangan, Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz di Istana Alam Shah, Klang.

    Artikel Berkaitan: Raja Muda Selangor Coret Nukilan Doa Sempena Perkahwinan – ‘Sayang, Semoga Masa Depan Kita Sentiasa Indah’

    Artikel Berkaitan: Raja Muda Selangor Bakal Nikahi Cik Afzaa Fadini Pada 2 Oktober

    Satu penghormatan

    Menurut Saiful Nizam, peluang tersebut dianggap sebagai satu penghormatan untuk dirinya malah dia sama sekali tidak menyangka diberikan peluang untuk mengendalikan majlis tersebut.

    Sewaktu menerima panggilan itu, saya mengambilnya sebagai satu cabaran dalam kerjaya saya.

    Meskipun sudah acap kali menjadi pengacara majlis rasmi mahupun perkahwinan termasuklah melibatkan kerabat diraja. Namun, tanggungjawab kali ini amatlah berbeza kerana individu ini ialah Raja Muda Selangor.

    Saya berpeluang menjadi sebahagian daripada saksi sejarah manis ini. Bagi saya, ini bukan sekadar tugasan biasa, tapi satu amanah besar kerana melibatkan istiadat diraja yang penuh tradisi dan istimewa.

    Persiapan rapi

    Walaupun memiliki pengalaman 20 tahun dalam bidang pengacaraan, namun Saiful Nizam mengakui berasa gementar untuk mengendalikan majlis yang penuh dengan protokol itu.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Gadis Melayu Pure Blood’

    Bagaimanapun, Saiful Nizam bersyukur kerana dibimbing oleh pegawai protokol istana serta rakan pengacara iaitu bekas penyampai berita RTM, Hazleen Abd Aziz untuk melancarkan majlis.

    Saya banyak membuat rujukan dan latihan terlebih dahulu supaya tidak tersilap. Malah pengalaman mengendalikan beberapa majlis di istana juga memberi saya peringatan supaya jangan buat silap.

    Dalam pada itu, Saiful Nizam menyifatkan kesempatan tersebut merupakan antara kenangan yang tidak akan dilupakan sepanjang bergelar pengacara.

    Saya anggap ini rezeki dan penghormatan yang amat besar daripada Tuhan. Dapat berdiri di hadapan Sultan Selangor dan Permaisuri Selangor serta seluruh kerabat diraja adalah momen yang saya tak akan lupakan sepanjang hidup.

    Ramai yang mesej ucap tahniah. Saya bersyukur untuk setiap peluang dan rezeki.

    Sekadar info, Saiful Nizam Ismail bertindak sebagai pengacara untuk tiga majlis utama iaitu Istiadat Akad Nikah, Istiadat Persandingan dan Santapan Diraja.

    The post Saiful Nizam Anggap Satu Penghormatan Besar Kendalikan Majlis Perkahwinan Raja Muda Selangor – ‘Amanah Penuh Tradisi & Istimewa’  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah