34.4 C
Kuala Lumpur
Friday, August 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dari Lakonan Ke Nyanyian, Amir Ahnaf Debut Sebagai Penyanyi Dengan ‘Gadis Melayu Terakhir’

    Shopee Sale

    Pelakon, Amir Ahnaf mencabar diri meneroka bidang baharu apabila tampil dengan single sulung berjudul Gadis Melayu Terakhir, sekali gus menjadikan karya tersebut sebagai langkah pertama perjalanan seninya sebagai penyanyi.

    Artikel Berkaitan: Amir Ahnaf Tak Kisah Hyrox Dilabel Sukan ‘Fomo’, Dedah Pernah Wakil Terengganu Di SUKMA Main Ragbi

    Jadi penyanyi

    Amir, 28, mempersembahkan lagu tersebut buat pertama kali pada acara Watch Party Episod 11 drama Cinta Dalam Sekam yang berlangsung di ibu kota, pada Khamis.

    Lagu berkenaan merupakan hasil ciptaan dan penulisan lirik oleh Seow Seng Tack, Aziz Harun, Mohsein Kush dan Amir Ahnaf sendiri.

    Gadis Melayu Terakhir juga menjadi satu lagi ruang buat Amir menunjukkan sisi berbeza dirinya kepada peminat, selain membuktikan keberaniannya untuk mencuba cabang seni yang baharu.

    MENARIK:  [VIDEO] Julfekar & Netizen Tercatat Terhibur Dengan Persembahan The Gadys yang Melelehkan Taik Telinga

    Sementara itu, drama Cinta Dalam Sekam yang mula ditayangkan pada 16 Julai lalu kini mencatat pencapaian tersendiri apabila kekal sebagai siri nombor satu di Viu Malaysia sepanjang enam minggu bersiaran.

    Selain Amir, acara itu turut diserikan dengan kehadiran barisan pelakon utama dan pembantu Cinta Dalam Sekam termasuk Siti Khadijah Halim, Haidar Hasanudin, Razak Ahmad, Riz Amin, Husna Mustaffa dan ramai lagi.

    Cinta Dalam Sekam diarahkan oleh Feroz Kader, ditulis oleh Eenaz Mokhtar dan diterbitkan oleh Global Film Station Sdn. Bhdd. Kesemua episod Cinta Dalam Sekam kini boleh distrim secara eksklusif menerusi Viu.

    The post Dari Lakonan Ke Nyanyian, Amir Ahnaf Debut Sebagai Penyanyi Dengan ‘Gadis Melayu Terakhir’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah