29 C
Kuala Lumpur
Friday, August 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malayan Tigress B-17 kandas di separuh akhir

    Shopee Sale

    Saingan skuad Malayan Tigress di pentas Piala Srikandi Merdeka 2026 terkandas di separuh akhir selepas tewas kepada Thailand 1-5 pada perlawanan petang tadi di Super Soccer Arena, Kudus, Indonesia.

    Skuad negara terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas pemain pertahanan Nisriena Batrissya Mohd Azhar dilayangkan kad merah pada minit ke-16 susulan kekasaran ke atas pemain lawan, Thitirat Samrong.

    Kekalahan ini menyaksikan Malayan Tigress terpaksa menunggu keputusan Garuda Pertiwi atau Jordan bagi membuat perhitungan untuk merebut tempat ketiga Ahad ini.

    Terdahulu, Thailand tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mencetak gol hasil kesilapan pemain pertahanan skuad negara, Sofia Jeanne Lacasse yang tertampan bola hantaran lintang Kanokporn Wanthong ke gawang sendiri pada minit ke tujuh perlawan.

    Tersentak dengan jaringan awal, anak didik Fairuz Montana Zainal Abidin tetap mempamerkan semangat juang tinggi dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit 41 sebelum perlawanan separuh masa pertama tamat.

    MENARIK:  Mahkamah tolak permohonan Semantan Estate rayu hak milik Enklaf Duta

    Pemain sayap negara, Lim You menjadi antara tumpuan utama dalam perlawanan itu apabila pemain berusia 14 tahun melakukan gerakan serta hantaran menarik untuk memecah benteng pertahanan Thailand.

    Namun, gerakan lincah Lim You yang mencipta sensasi dengan meledak tujuh gol ketika berdepan Arab Saudi sebelum ini tidak berjaya untuk menyekat kemaraan Thailand.

    Malah, hasrat rakyat Malaysia untuk melihat jaringan sensasi daripada Lim You juga tidak kesampaian dalam perlawanan hari ini.

    Sebaliknya, Thailand terus menambah derita Malayan Tigress apabila terus mencetak gol melalui pemainnya, Kawinthida Kikuntod pada minit ke-51.

    Tidak terhenti di situ, Thailand terus "kenduri" gol apabila Wanthong meletakkan dua jaringan dalam tempoh 10 minit iaitu pada minit ke-65 dan 75.

    Thailand terus menutup ruang skuad negara apabila Zuzana Kordem mencetak nama sebagai penjaring kelima pasukan itu apabila mencetak gol pada minit ke-86 perlawan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah