31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, August 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hun Haqeem Akui ‘Kaer’ Watak Mencabar, Kekok Buat Adegan Intim – ‘Tonton Dahulu, Kemudian Faham’

    Shopee Sale

    Pelakon, Hun Haqeem mengakui berasa janggal dan gementar ketika menjayakan beberapa babak intim dalam drama terbaharunya, Cela.

    Artikel Berkaitan: Hun Haqeem ‘Turn Off’ Dengan Pelakon Lewat, Tegas Hormati Masa Semua Orang

    Artikel Berkaitan: Hun Haqeem Tak Sabar Nak Ada Isteri, Seronok Dengar Ayda Jebat & Mira Filzah Cerita Fasal ‘Baby’

    Watak mencabar

    Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy, 28, bagaimanapun bersyukur kerana sokongan rakan pelakon termasuk Nabila Huda serta kru produksi membantu mewujudkan suasana selesa sepanjang proses penggambaran.

    Tipu kalau saya kata tidak rasa kekok, sudah pasti ada rasa kekok, malu dan gemuruh. Namun, bersyukur kerana semua kru di set membuatkan saya rasa selesa dan semua tahu tugas masing-masing.

    Saya puji semua barisan pelakon, mereka menghidupkan watak masing-masing dengan baik. Apabila semua bekerjasama dengan baik, rasa janggal itu hilang. Watak yang dilakukan jadi ikhlas.

    Sebab itu saya katakan netizen perlu menonton dan tengok dahulu drama ini supaya faham, tiada visual yang terlalu ekstrem pun. Nabila Huda seorang pelakon yang sangat hebat, dia membantu saya.

    Hun berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran dan tayangan perdana drama Cela terbitan Viu Malaysia yang berlangsung di ibu negara, baru-baru ini.

    Berkongsi mengenai watak Kaer yang dijayakannya, Hun mengakui karakter berkenaan merupakan antara watak paling berani pernah digalas sepanjang kerjayanya sebagai pelakon.

    Saya boleh katakan ini adalah watak paling berani saya pernah bawa. Saya rasa berbaloi mengambil watak ini dan gembira dapat melakukannya.

    Saya juga dah bersedia jika dikecam. Sudah tanam dalam hati, ini apa yang perlu saya hadap. Tanggungjawab yang diberikan sebagai pelakon, saya akan galas dengan sebaik mungkin. Semoga keikhlasan saya berlakon sampai.

    Reaksi penonton

    Dalam pada itu, Hun mengakui sudah dapat menjangkakan reaksi penonton sebaik sahaja teaser drama berkenaan dilancarkan.

    Saya sudah boleh jangka apa reaksi penonton selepas melihat teaser drama ini keluar. Namun apa yang saya boleh katakan, netizen harus tonton dahulu drama ini dan kemudian akan memahami kenapa watak saya begitu.

    Pada saya, setiap karya yang saya jayakan adalah mahu menyampaikan mesej. Ketika pertama kali dapat skrip dan baca, kisahnya sangat sakit. Banyak pengajaran yang boleh diambil melalui drama Cela.

    Saya faham ada yang marah saya ambil watak ini, ketika saya baca skrip dan akhirnya baru faham yang karakter itu memerlukan saya.

    Selain Hun dan Nabila Huda, drama arahan Feroz Kader dan terbitan Global Film Station Sdn. Bhd. itu turut menampilkan Zarif Ghazzi, Datuk Seri Eizlan Yusof, Ellyza Azizi, Zain Saidin serta Lisadawati. Cela mula ditayangkan menerusi platform OTT Viu pada 20 Ogos lalu.

    MENARIK:  Video: Sasha Abdul Aziz Mengajar Suami Yang Mualaf Membaca Huruf Jawi Meraih Pujian – ‘Masya Allah, Ladang Pahala’

    The post Hun Haqeem Akui ‘Kaer’ Watak Mencabar, Kekok Buat Adegan Intim – ‘Tonton Dahulu, Kemudian Faham’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah