29 C
Kuala Lumpur
Friday, August 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syasya Rizal Jawab Imej Penari Dalam Video Muzik Terbaru – ‘Nak Kekalkan Sesiapa Yang Bekerja Dengan Saya Mesti Bertudung’

    Shopee Sale

    Penyanyi Syasya Rizal memilih untuk terus mengekalkan barisan pasukannya yang terdiri daripada wanita bertudung dalam perjalanan kerjaya seninya.

    Artikel Berkaitan: ‘Bila Keluar Dengan Anak-Anak, Saya Tak Rasa Diri Ni Artis..Saya Hanyalah Mama Mereka’ – Syasya Rizal

    Artikel Berkaitan: Syasya Rizal Perjelas ‘Comeback’ Lagu Baru – ‘Saya Tak Pernah Letak Tanda Noktah Pada Karier Nyanyi’

    Ambil penari bertudung

    Ketika ditemui , Syasya atau nama sebenarnya Nursyasya Afiqah Shahrizal, 25, mengakui selesa bekerjasama dengan pasukan yang keseluruhannya terdiri daripada wanita.

    Mengulas lanjut, pelantun lagu Different itu turut menyatakan hasrat untuk terus mengekalkan barisan pasukan yang kesemuanya bertudung terutama penari. 

    Saya selesa begitu dan kalau perasan seluruh pasukan saya adalah perempuan termasuklah jurusolek.

    Sebelum ini ada yang komen dan anggap jurusolek saya adalah lelaki. Tidak, selepas saya berhijrah, semuanya saya bekerja dengan perempuan.

    Kalau bercakap soal bekerja bersama komposer sudah tentu ada lelaki tetapi itu semua dengan keberadaan suami saya.

    Kalau adanya lagi bergenre seperti ini memang saya nak kekalkan imej di mana sesiapa yang berjalan dan bekerja dengan saya mesti bertudung.

    Syasya berkata demikian ketika ditemui pada sidang media menerusi single terbaharunya berjudul ‘Different’ yang berlangsung di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya. 

    MENARIK:  ‘No Wedding, Tak Ada Kahwin..Jangan Kacau Saya’ – Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah

    Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata tersebut menegaskan bahawa pemakaian tudung sama sekali bukan penghalang buat dirinya untuk terus mengejar impian dan mengukuhkan langkah dalam industri seni sebagai seorang penyanyi.

    Bertudung bukanlah satu perkara yang boleh menghentikan seseorang daripada mengecapi apa yang kalian mahukan.

    Mungkin ada di luar sana menganggap hijab satu bebanan sebenarnya tidak. Hijab bukan satu bebanan atau penghalang kepada kejayaan anda.

    Dalam perkembangan lain, Syasya kini kembali mewarnai industri muzik menerusi single terbaharunya, Different, yang disifatkan sebagai antara titik penting dalam perjalanan kerjaya seninya.

    Menampilkan sentuhan pop yang lebih segar, Different masih mengekalkan identiti muzik Syasya, selain menampilkan hasil karya barisan komposer hebat iaitu Amirul Azhar, Asyraf Nasir, Adib Hamdi, Naim Daniel dan Syasya sendiri.

    The post Syasya Rizal Jawab Imej Penari Dalam Video Muzik Terbaru – ‘Nak Kekalkan Sesiapa Yang Bekerja Dengan Saya Mesti Bertudung’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah