27.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Masak Empat Juadah, Sheila Rusly Berbuka ‘Air Tangan’ Bakal Menantu – ‘Kurang Sakit Pinggang Hari Ini’

    Shopee Sale



    Hubungan rapat antara pelakon, pengarah dan produser, Sheila Rusly bersama menantunya sering menjadi contoh kepada ibu mentua di luar sana.

    Baru-baru ini, bakal menantu Sheila pula meraih perhatian warganet dengan .

    Kurang sakit pinggang

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Sheila Rusly™? (@sheilarusly_jspictures)

    Menerusi hantaran di Instagram (IG), Sheila, 53, menuju ke dapur untuk persiapan berbuka. Namun, dilihat bakal menantu, Beatrice Chitra sedang masak di dapur bersama pembantu rumah.

    Di kapsyen, isteri kepada pengarah, Jinggo sempat berseloroh mengatakan bahawa pinggangnya kurang sakit kerana ada yang menyediakan juadah berbuka.

    Kita turun nak masak, tapi ada yang rajin hari ini.

    Meriah lauk berbuka mak mentua.

    Kurang sakit pinggang hari ini. Buka puasa air tangan Beatrice Chitra.

    Untung mak mentua

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mencemburui Sheila sebagai ibu mentua. Selain itu, warganet turut memuji kedua-dua menantunya yang pandai menguruskan hal di dapur.

    MENARIK:  Bermula Sebagai Kedai Kopi, 50/50PizzaCoffee Kini Antara Kedai Pizza Neapolitan Popular Di Kuala Lumpur

    Sekadar info, Beatrice telah sah memeluk agama Islam pada 12 Ogos 2024 dengan bimbingan seorang ustaz.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah